
DAPATKAN MENTOL HELLA PLATINUM. PENGHANTARAN PERCUMA DI SEMENANJUNG, BERMULA RM60 SAHAJA
10 tahun lepas, antara masalah kebanyakan kereta kompak dan kereta ekonomi ialah ia hanya dipasang dengan lampu halogen sebaik sahaja dikeluarkan daripada kilang. Lampu yang lebih berkuasa seperti HID hanya dikhaskan untuk model yang mahal.
Menjadi kesalahan sekiranya anda memasang dan mengubah suai lampu kereta kepada HID kerana ia akan menyebabkan silau kepada pemandu lain dan membahayakan keselamatan.
Kemudian trend LED menjadi perkara biasa bagi kereta kompak. Dalam kebanyakan aspek ia menawarkan prestasi yang jauh lebih baik berbanding lampu dengan teknologi halogen dan reflektor.

Satu ketika dulu, jika anda ingin menguatkan cahaya lampu ialah menukar mentol 55watt kepada 110watt dengan pendawaian tambahan. Ya memang lampu akan terang, tetapi haba yang dihasilkan boleh merosakkan reflektor lampu.
Dah satu hal pula nak kena tukar perumah lampu yang baru. Menyedari masalah yang dihadapi oleh pemilik kereta yang masih menggunakan lampu dan mentol halogen, Hella menawarkan penyelesaian dengan barisan mentol halogen gentian iaitu Hella Platinum.
Walaupun masih menggunakan 55watt dan 12volt yang sama seperti mentol original, mentol Hella Platinum mengaplikasikan filamen berkuasa tinggi bagi menghasilkan cahaya yang cukup terang. Secara perbandingan, ia 100 peratus lebih terang berbanding mentol OEM.

Berbeza dengan kaedah dulu, pemasangan mentol halogen Hella Platinum cukup mudah, hanya perlu plug & play sahaja. Apa yang pemilik perlu buat ialah buka mentol yang lama dan gantikan dengan mentol Hella Platinum.
Tiada pendawaian yang rumit, tiada fius atau suis tambahan diperlukan. Dengan harga bermula RM60 hingga RM92 seunit bergantung kepada saiz yang digunakan oleh kereta, Hella Platinum merupakan pelaburan terbaik bagi pemanduan selamat pada waktu malam terutama ketika cuaca buruk.
Bagi mereka yang berminat, ada promosi istimewa bermula 20 Ogos sehingga 3 September 2021. 100 orang pembeli terawal akan menerima lampu suluh secara percuma, selain diskaun 20 peratus apabila menggunakan kod MEKANIKA831.

Kos penghantaran ke seluruh Semenanjung Malaysia adalah percuma, serta hanya menambah RM8 untuk Sabah dan Sarawak. Khas buat pembaca setia Mekanika, promosi ini juga meliputi aksesori lain seperti hon dan pengelap cermin depan.
Haa tunggu apa lagi, tempah mentol Hella Platinum di sini sekarang sebab mentol Halogen Hella Platinum ini laku keras dan tawaran ini adalah terhad sementara stok masih ada. Anda lambat beli, stok habis anda rugi