Artikel PilihanBuletin

PADA JANUARI 1986, TOYOTA PERKENAL STARLET 2E TURBO

Pada 8 Januari 1986, Toyota Motor Corporation mula melancarkan jualan model legenda, Toyota Starlet yang dilengkapi enjin 2E 12 injap turbo.

Ini model yang popular di negara kita. Sebelum keluarnya Myvi, inilah Myvi tahun 80an. Sebelum adanya Yaris, inilah Yaris tahun 80an.

Sebelum dunia kembali kepada era enjin turbo seperti sekarang ini, lebih 30 tahun dulu pengeluar kereta sudah pun menawarkan kereta dengan teknologi tersebut secara besar-besaran.

Starlet Turbo diperkenalkan kepada pasaran dalam memenuhi trend ke arah kereta berprestasi tingggi. Enjin dengan dua mode turbo tersebut mempunyai dua tahap tekanan untuk operasi turbo bergantung kepada permukaan jalan dan pilihan pemandu.

Model ini juga dilengkapi dengan transmisi empat kelajuan automatik dengan overdrive dua hala.

Berikut ialah ciri-ciri utama Starlet Turbo 2E 1986:

1. Enjin baharu 2E 12 injap turbo:

Enjin 2E 12 injap turbo (1,295cc 2E-TELU) dibangunkan dari enjin 2E 12 injap EFI asas (1,295cc 2E-ELU). Enjin ini bersaiz kompak dan ringan tetapi berkuasa tinggi dengan pengunaan minyak rendah.

Enjin asas dinaik taraf melalui penggunaan pendesak turbo sejukan air dan intercooler sejukan udara. Intercooler tersebut memperbaiki kecekapan kemasukan udara dengan menyejukkan udara pendesak turbo.

Pada masa sama, pengubahsuaian dibuat pada bentuk kebuk pembakaran dan port kemasukan udara utama. Hasilnya ialah prestasi enjin meningkat kepada 105 PS dan tork 149 Nm.

Ini enjin Starlet moden, 4EFTE

2. Sistem turbo dua mod:

Enjin 2E turbo ini dilengkapi dengan sistem turbo dua mode. Sistem ini berfungsi apabila turbo select switch ditetapkan pada low mode, komputer akan menghantar isyarat supaya injap singkir (waste valve) dibuka pada tekanan yang lebih rendah berbanding normal mode dan kemudian melepaskan sejumlah gas ekzos melalui pintasan (by-pass).

Kaedah ini mengurangkan jumlah gas ekzos yang memutarkan turbin turbo dan kemudian merendahkan tekanan kemasukan udara untuk enjin.

Tekanan yang lebih rendah dapat menghalang lonjakan secara tiba-tiba pada tujahan enjin dan menjadikan pemanduan lebih selamat pada permukaan yang kasar atau licin diliputi salji.

Kaedah ini juga dapat memperbaiki penggunaan bahan api dengan mengurangkan kuasa berlebihan apabila tidak diperlukan. Apabila enjin dalam operasi low mode, kuasa maksimum ialah 91 PS dan tork 131 Nm.

3. Sistem kawalan ketukan (knock control):

Sistem ini memastikan pemasaan penyalaan (ignition) yang optimum dalam kesemua keadaaan pemanduan secara efektif menggabungkan output kuasa tinggi dari pendesak turbo dengan penggunaan minyak rendah.

4. Transmisi empat kelajuan automatik dengan overdrive dua hala

Transmisi ini dibangunkan khusus untuk digunakan pada famili Starlet dan bagi memenuhi pelbagai kehendak pasaran.

5. Bahagian luar dan dalam baharu

Bahagian yang menyerlah untuk kereta ini ialah bonet enjin ‘gemuk’ dengan corong udara intercooler. Gril depan, bamper depan besar dan spoiler belakang direka khusus untuk Starlet Turbo.

Dengan kombinasi pelekat grafik Turbo pada sisi pintu, kereta ini tampil sporti dan malar segar sehingga sekarang.

Bahagian dalaman dilengkapi stereng tiga rongga yang dibalut kulit. Kerusi juga eksklusif dengan balutan khas.

4. Pengendalian dan keselesaan yang ditambah baik

Tayar standard untuk model ini ialah 175/60R14. Selain itu, Toyota juga telah melakukan beberapa pembaikan bagi menambah ketegaran badan dan menjadikan Starlet Turbo lebih stabil dan selesa selari dengan prestasi yang bertambah.

Satu lagi perkara menarik ialah stereng kuasa kereta ini ditala mengikut sensitivi rpm supaya lebih responsif.

Akhir kata dari kami, standard itu indah!

BACA: TOYOTA STARLET EP71 TURBO. EH. MANA PINTU BELAKANG?

BACA: TOYOTA YARIS HOT HATCH – BERPRESTASI TINGGI, 210hp!

Tags
Google ads
Back to top button