
DI LONDON, HELMET PARAMEDIK PUN KENA REMBAT
Dalam satu status di laman Facook rasminya, London Ambulance Service BHS Trust menzahirkan rasa kecewa kerana sebuah topi keledar milik seorang paramedik dicuri pihak tidak bertanggungjawab.
“Sebuah topi keledar paramedik dicuri apabila petugas berada di lokasi kejadian kecemasan pada hari ini.
“Ini merupakan kecurian keua topi keledar yang dilengkapi sistem telekomuniksi binaan dalam untuk tempoh sebulan. Ini adalah peralatan penting buat kami, tetapi kurang berguna untuk orang lain.
“Kecurian ini bermakna pasukan medik tidak boleh memberi maklum balas kepada pesakit lain,” tulisnya.
Kejadian itu nyata menerima banyak respon daripada netizen yang rata-ratanya marah dengan pencuri tersebut.
Garry Felgate menulis, pencuri itu ingat dia boleh menjualnya.
Sementara Tom O Mitchell menyatakan berita itu sangat menjengkelkan. “Isteri saya seorang paramedik dan begnya baru sahaja dicuri!”
Insiden kehilangan topi keledar Shoei Neotec II telah dilaporkan kepada polis.