
1.2 JUTA PELANCONG MASUK KE QATAR UNTUK PIALA DUNIA. APLIKASI CAREEM TAWAR PERJALANAN ARAB SAUDI-QATAR, TAMBANG BERMULA RM1.2K
Aplikasi perkongsian perjalanan yang berpangkalan di Dubai, Careem menawarkan perjalanan teksi antara negara untuk acara Piala Dunia 2022 di Qatar.
Tawaran itu tidak merangkumi semua negara di sekitar Qatar, tetapi boleh diakses oleh mereka yang melancong dari dua bahagian negara jiran iaitu Arab Saudi khususnya di bandar Dammam dan Bandar Al Ahsa.
Jarak antara bandar Dammam ke Doha adalah 402 kilometer yang mengambil masa kira-kira 4.5 jam. Manakala jarak dari Bandar Al Ahsa ke ibu negara Qatar adalah kira-kira 257 kilometer dan mengambil masa perjalanan selama 3 jam.

Harga yang dikenakan adalah AS$266 (RM1,216) sehala, manakala harga tambang untuk perjalanan pergi balik adalah AS$532 (RM2,433).
Untuk memudahkan pengguna dan pemandu, Pengarah Urusan Careem, Bassel Al Nahlaoui mengatakan pengembara hanya boleh menempah perjalanan ke Doha sehari lebih awal.
Setelah merentasi sempadan Saudi-Qatar, pengembara perlu menunggu pemandu dari bahagian Qatar sebelum ke stadium perlawanan.
“Anda menempah kereta dari salah satu daripada dua bandar ini, seorang pemandu akan menjemput dan memandu anda ke sempadan. Dari sempadan, kami mempunyai kakitangan Careem yang akan membantu anda menyeberangi sempadan, sementara menunggu pemandu di sebelah Qatar,” kata Al Nahlaoui.
Tetapi semasa acara besar di bandar-bandar di rantau ini seperti persidangan antarabangsa atau Ekspo Dubai 2020, kereta Careem selalunya sukar ditemui. Malah, masa banyak dihabiskan dengan menunggu hingga menyebabkan ramai pelanggan kecewa.
Al Nahlaoui berkata beliau berharap perkara ini tidak akan berlaku kali ini. Careem didakwa lebih bersedia untuk menghadapi kemasukan ramai orang.
Tambah Al Nahlaoui lagi, Careem menambah 1,000 kereta sebagai persediaan menghadapi Piala Dunia. Selain kereta, mod kenderaan lain yang tersedia di aplikasi Careem ialah teksi, van, kereta mewah dan motosikal.
Aplikasi Rideshare yang telah berkembang menjadi “aplikasi super” sejak beberapa tahun kebelakangan ini turut menawarkan pelbagai perkhidmatan kerana menjangkakan mendapat permintaan tinggi semasa Piala Dunia berlangsung.
Qatar Airways turut menawarkan perjalanan ulang-alik Dubai-Doha pada hari perlawanan bagi membolehkan peminat bolasepak terbang masuk dan keluar dalam masa 24 jam.
Jadi, Careem akan mempunyai lorong pengambilan khusus di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha Qatar dan Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad yang menyediakan perjalanan terus ke semua lapan stadium Piala Dunia.
Dalam mempersiapkan jangkaan 1.2 juta pelancong datang ke Qatar, Careem bekerjasama dengan aplikasi perkongsian perjalanan popular negara lain seperti Grab, Alipay serta Kakao untuk penyepaduan aplikasi supaya pengguna boleh menempah teksi Careem pada aplikasi yang telah mereka gunakan.
- BACA: SELEPAS TERUK DIKECAM, BAYARAN MASUK RM2 UNTUK PEMANDU TEKSI DAN E-HAILING DI KLIA2 DITANGGUHKAN. SEMPAT KUTIP SEHARI SAHAJA
- BACA: PERKHIDMATAN E-HAILING PERLU DIKAWAL SELIA DENGA LEBIH TELITI. BIAR ADIL PADA PEMANDU DAN PENGGUNA
- BACA: WANITA KENA TINGGAL PEMANDU E-HAILING DI LEBUH RAYA PLUS
- BACA: BAHANA PRANK CURI KERETA E-HAILING. 3 INFLUENCER KENA PENJARA