
TAK PAKAI HELMET, WANITA TIDAK DITAHAN POLIS SELEPAS LAUNG TAKBIR
Satu klip video yang memaparkan aksi seorang wanita melaungkan takbir ketika berhadapan dengan seorang anggota polis dalam keadaan tidak memakai topi keledar tular di media sosial Indonesia, lapor laman berita Suara.com. Video itu dimuat naik dalam akaun Twitter @Tita83079013.
Video tersebut menunjukkan seorang wanita memakai blazer berwarna khaki dan tudung merah jambu menunggang motosikal di hadapan seorang pegawai polis yang mengawal lalu lintas.
Dia dilihat tidak memakai topi keledar semasa menunggang motosikal, manakala cermin sisi juga tidak dipasang.
Wanita itu melaungkan takbir ketika berhenti dengan menggenggam tangannya di hadapan polis itu. Pegawai yang bertugas itu hanya memandangnya dengan meletakkan tangan di belakang. Dia kemudian mengangguk sebelum wanita itu beredar tanpa menoleh ke belakang.
Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen. “Senang tinggal catat nombor plat motosikal untuk bayar saman,” komen seorang netizen. – AGENSI
- BACA: WANITA DIKECAM NETIZEN RAKAM ISI MINYAK LAMBORGHINI RM400
- BACA: WANITA BELI ALZA GUNA KABEL DAN POTONG ‘Q’ DIKECAM NETIZEN
- BACA: GAJI KURANG RM6K, SANGGUP BELI MERCEDES-BENZ C300 UNTUK TEMAN WANITA. CUMA TINGGAL RM450 BELANJA SEBULAN
- BACA: TAK PUAS HATI MOTOSIKAL KENA TARIK, WANITA KETUK DENGAN BATU




