
KL SUPERCAR DRAG RACE 2016, SEDANG BERLANGSUNG SEKARANG
KL Supercar Drag Race 2016 adalah inisiatif dari Biro Hal Ehwal Bandar & Perumahan, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Ia adalah idea yang dicetuskan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sewaktu pelancaran Kelab Permotoran SBS pada Februari lalu.
Perlumbaan Supercar dalam Bandaraya Kuala Lumpur ini sedang berlangsung sejak semalam dan hari ini merupakan kemuncaknya. Ia adalah perlumbaan drag yang julung kalinya diadakan untuk warga kota menikmatinya secara percuma.
Ketika anda membaca artikel ini, perlumbaan mungkin sedang berlangsung atau mungkin mereka sedang bersiap di garisan permulaan. Sempat lagi ni, sekurang-kurangnya ada aktiviti untuk hari ini (kalau tak ada jemputan rumah terbukalah).
kedit foto facebook KL Supercar Drag Race