
HILANG KERETA SELEPAS AKSI BURNOUT DEPAN BALAI POLIS – TAHNIAH PARA GRADUAN YANG BIJAKSANA
Sekumpulan pelajar yang baharu sahaja meraikan majlis graduasi mendapat satu lagi pelajaran tambahan. Fakta: Melakukan aksi burnout dan sumpamanya di hadapan balai polis ialah satu tindakan yang sangat-sangat kurang cerdik.

Sebenarnya fakta tu kita semua dah tahu tapi bagi budak-budak BBNU yang baharu dapat lesen dan berkepit dengan telefon 27 jam sehari mana dia tahu benda-benda macam ni. Ingat boleh cilok-cilok macam dalam game ke?
Dalam satu rakaman video, ketua polis Dearborn berkata sekumpulan pelajar yang baharu sahaja tamat graduasi telah melakukan aksi-aksi stunt dengan kenderaan mereka di kawasan pakir pusat sivik (tempat berlangsungnya majlis graduasi) yang kebetulannya berdekatan dengan balai polis.
Hasilnya ialah aksi mereka ditonton oleh para pegawai polis, kamera keselamatan dan ketua polis Dearborn sendiri melalui tingkap pejabat beliau.
Nombor pendaftaran mereka diambil dan tangkapan segera dilakukan atas dakwaan memandu secara merbahaya dan kereta mereka disita pihak polis. Tiga graduan terbabit diberkas manakala dua daripada kenderaan terlibat dilucuthak kepada pihak jabatan polis. Nah kau, hilang kereta terus. Lagi syahdu bila salah sebuah kereta terbabit ialahDodge Charger dengan Scat Pack Widebody yang bernilai kira-kira RM240k!
Walaupun tindakan lucut hakmilik itu dilihat agak keras tapi polis Dearborn menegaskan yang perbuatan memandu dengan merbahaya dan melulu saban tahun menyaksikan pertambahan kepada jumlah kemalangan, kecederaan dan juga kematian.
Jadi memandu secara merbahaya ini bukan sahaja tak elok untuk keselamatan diri dan orang ramai, ia juga menyalahi undang-undang.
Err bila nak lelong murah-murah kereta-kereta tu?
Kredit carscoops.com


