Artikel Pilihan

SUKARELAWAN UBAH FORD DAN TOYOTA UNTUK LAWAN KERETA KEBAL

Sepasukan sukarelawan yang terdiri daripada pemuda Ukrain, Eropah dan Amerika bekerjasama dalam memasang dan mengubahsuai kenderaan persendirian awam menjadi kenderaan tempur bagi melawan tentera Russia untuk kegunaan tentera Ukrain

Pasukan ini diketuai oleh Ivan Oleksii yang berusia 25 tahun merupakan bekas penganalisa e-sukan dari selatan Ukrain memulakan usaha mengubahsuai kenderaan awam menjadi kenderaan tempur ini bermula dari Mac 2022. Sehingga ini pasukan mereka telah menyiapkan 60 kenderaan tempur

Manakala 15 lagi kenderaan tempur sedang disiapkan oleh pasukan mereka dan menunggu bantuan kewangan. Antara kenderaan pilihan utama mereka ialah kenderaan pacuan 4 roda dengan kapasiti enjin melebihi 2000cc seperti Toyota Hilux, Toyota Tundra, Mitsubishi Triton/L200, Ford Ranger, Nissan Navara, Isuzu D-Max, Mazda BT-50, Jeep Gladiator dan Myvi. Ok, yang last itu tipu

Kebanyakan kenderaan ini dibeli dari negara Jerman, Poland, Lithuania, Scandinavia, dan United Kingdom dengan menggunakan duit derma yang disumbangkan menerusi laman sesawang mereka.

Apabila tiba di Ukrain, kenderaan ini akan dipasang dengan perlindungan tembakan mortar dan senjata api selain kerangka utama kenderaan akan diperkukuhkan. Antara senjata utama yang dipasang pada kenderaan tempur ini ialah senjata api automatik, Javelin, NLAWS, dan peluru Stinger anti kereta kebal

Antara perlindungan yang dipasang termasuklah memasang plet keluli tambahan bagi melindungi askar Ukrain dari tembakan senjata api. Malah pasukan ini mendakwa kenderaan mereka masih mampu dipandu walaupun selepas teruk diserang

 

Google ads
Back to top button