Buletin

KERETA WARNA KUNING, RESALE VALUE PALING TINGGI

Berdasarkan kajian oleh iSeeCars, pemilihan warna kereta sebenarnya mampu mempengaruhi nilai jualan semula kereta tersebut pada masa akan datang.

Mereka mengumpulkan data sebanyak 650,000 unit kenderaan terpakai berusia tiga tahun dan meneliti sejauh mana pilihan warna mampu memberikan kesan kepada susut nilai sesebuah kereta.

Purata susut nilai bagi kenderaan terpakai dianalisa sekitar 15 peratus, namun untuk mereka yang memilih warna kuning, kadar susut nilai hanyalah sekitar 4.5 peratus sahaja, diikuti warna jingga (10.7 peratus) dan ungu (13.9 peratus).

Selain daripada itu, warna-warna lain yang mempunyai susut nilai di bawah 14 peratus termasuklah merah, hijau, biru dan kelabu di mana warna tersebut kebiasaannya sukar untuk diperoleh.

Kenapa warna kuning?

Menurut iSeeCars, warna kuning merupakan warna yang biasa didapati pada model kereta sports serta kenderaan volum rendah, dan disebabkan sukar untuk memperoleh kereta berwarna kuning, kebanyakan pembeli sanggup membayar harga yang lebih premium.

Warna yang memberikan kesan yang ketara kepada nilai jualan semula adalah warna putih (15.5 peratus), hitam (16.1 peratus), emas (16.7 peratus) dan perang (17.8 peratus).

Disebabkan warna putih dan hitam sudah menjadi satu kelaziman, ia dilihat tidak begitu menonjol di dalam pasaran kenderaan terpakai.

Sementara warna emas dan perang pula sememangnya amat terhad, namun ia bukanlah satu pilihan utama di kalangan para pembeli kenderaan terpakai. – iSeeCars

Google ads
Back to top button