Motosikal

IKUT JEJAK LANGKAH RX-Z, HONDA EX-5 DREAM NOS KINI RM12K

Selepas Yamaha RX-Z membuatkan ramai orang garu kepala kerana harga jualan tidak masuk akal mencecah puluhan ribu ringgit, kini fenomena itu nampaknya berjangkit pula kepada jenama Honda.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, harga terkini bagi sebuah motosikal Honda EX-5 Dream baharu mencecah RM12,000 iaitu naik lebih sekali ganda pada harga asalnya dahulu. Harga asal motosikal tersebut sebelum ini adalah bawah RM5,000.

Berdasarkan perkongsian tersebut motosikal yang diletakkan di sebuah kedai itu dikatakan dalam kondisi ‘NOS’ (New Old Stock) dan tidak pernah digunakan lagi. Difahamkan, kebanyakan motosikal Ex-5 Dream dan High Power kini melambung harganya selepas pengeluarannya dihentikan dandiganti dengan model baharu.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna terkejut dengan harga motosikal tersebut dan mereka menyifatkan bahawa harga itu tidak masuk akal.

“Simpan buat denak sajalah, sampai RM12,000, RM13,000, baik beli kereta dah tentu tayar empat. Hujan panas tak kena,” tulis Sabri Gerik.

“Rugi beli sampai RM12,000, di kampung aku original Ex-5 pak long depan rumah nak jual RM3,000 je,” kata Black Raiders.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Jamsari. “Motosikal harga RM12,000 inilah aku bagi ‘free’ dekat kawan aku sebab dia tak ada kenderaan nak pergi kerja.

“Motosikal baru aku letak di rumah tak guna, jadi aku bagi kawan aku guna tanpa minta satu sen pun. Selepas motosikal itu kena curi, cuma tinggal geran saja,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Google ads
Back to top button