Buletin

KIT HONDA ACCESS TOURING LINE DAN SPORTS LINE UNTUK ACCORD GENERASI KE-11

Honda pada Oktober 2023 memaklumkan Accord generasi kesebelas dijadual untuk memasuki pasaran Jepun pada 2024.

Sebelum dilancar, Honda terlebih dahulu mempertontonkan Accord dengan kit Honda Access di Tokyo Auto Salon 2024.

Accord akhirnya dilancar secara rasmi pada Mac 2024 dan tidak seperti pasaran lain dengan enjin 1.5 liter turbo hanya menerima rangkaian kuasa 2.0 liter hibrid e:HEV.

Accord ditawarkan pada harga 5,449,500 yen (RM170,567).

Honda Accord generasi ke-11

Enjin 2.0 liter menghasilkan 147 ps pada 6,100 rpm dan tork 182Nm pada 4,500 rpm. Motor elektrik memiliki 184 ps (135kW) dari 5,000 sehingga 8,000 rpm dan tork 335Nm dari 0 sehingga 2,000 rpm.

Sebagai kenderaan e:HEV, enjin menguasakan motor elektrik yang menggerakkan roda. Enjin masih lagi bertugas menggerakkan roda pada kelajuan lebih tinggi.

Sempena pelancaran Accord, Honda Access turut memperkenalkan pakej aksesori yang dibangunkan mengikut konsep Dignified Athlete dan dibahagi kepada dua iaitu TOURING LINE dan SPORTS LINE.

Honda Accord SPORTS LINE

Kedua-duanya dilengkapi kit sama dan dibezakan mengikut warna.

Accord SPORTS LINE membawa gaya aktif dengan skirt depan, sisi, belakang dan spoiler but warna Crystal Black Pearl dan perumah cermin sisi warna Berlina Black.

Rim MS-048 saiz 19 inci warna hitam turut menyerlahkan penampilan Accord.

Honda Accord TOURING LINE

Accord TOURING LINE dilengkapi perkakasan sama tetapi dibuat mengikut warna badan yang nampak seragam dan membangkitkan imej sedan bermutu tinggi.

Kedua-dua pakej turut didatangkan bersama plet dengan logo Accord pada dapra.

Ringkasnya, SPORTS LINE kelihatan garang dan sporti manakala TOURING nampak elegan.

Honda Accord TOURING LINE

Selain kit luaran, Honda Access menawarkan aksesori dalaman seperti pelapik alang pintu dengan logo Accord dan nyalaan lampu LED.

Lagi kelengkapan seperti nyalaan pada poket pintu, lampu suluhan jalan, karpet but bagi perlindungan kotoran dan pelapik but kalis air dengan logo Accord.

Banyak lagi aksesori praktikal ditawarkan seperti pelapik ruang pembuka pintu luar dan set filem pelindung calar warna jernih untuk pembuka pintu, alang pintu, bucu pintu dan bampar belakang.

Honda Accord SPORTS LINE

Honda Accord TOURING LINE

Honda Access 

Google ads
Back to top button