Buletin

HONDA ACCORD GEN-10. ENJIN 1.5 TURBO, HONDA SENSING, BERMULA RM185,900 SEUNIT

Honda Malaysia hari ini melancarkan sedan eksekutif populanya, Honda Accord Generasi ke-10 serba baharu.

Honda Accord mempunyai 44 tahun sejarah sejak kemunculannya pada tahun 1976 dengan sembilan perubahan model penuh.

Accord sentiasa mendapat sambutan baik daripada rakyat Malaysia, dengan rekod jualan yang menggalakkan. Sehingga kini, terdapat lebih daripada 84,100 unit Accord di Malaysia.

Honda Malaysia mensasarkan jualan 200 unit Accord sebulan. Sedan eksekutif itu ditawarkan dalam dua varian:

  • 1.5L VTEC Turbocharged (TC): RM185,900
  • 1.5L VTEC Turbocharged Premium (TC-P): RM195,900

Accord kini mempunyai rekaan yang lebih luas, bumbung rendah dan hud panjang. Posturnya diserlahkan dengan gril depan krom berkembar signatur Honda, lampu utama LED dan lampu belakang LED.

Melengkapkan bahagian luar Accord rim aloi 18-inci dengan Resonator yang direka khas untuk mengurangkan bunyi tayar.

Sedan eksekutif itu dijana oleh enjin 1.5L VTEC Turbo yang ditambah baik, menjadikan Honda pengeluar kereta Jepun pertama yang membawa enjin pengecas turbo kepada segmen D.

Dengan 201PS dan tork maksimum 260Nm, ia jauh lebih berkuasa berbanding enjin 2.4L.

Rekaan dalaman Accord menjadi contoh falsafah rekaan Man-Maximum, Machine-Minimum. Dari segi dimensi, jarak antara roda sedan ini meningkat sebanyak 55 mm dan ruang kaki (+48mm), memberikan lebih keselesaan kepada penumpang.

Mazda CX30

Terbaharu dalam kenderaan Honda di Malaysia ialah tempat duduk 4 talaan kuasa untuk penumpang dengan butang boleh laras (4-way Assistant Power Seat with Shoulder Switch).

Tidak ketinggalan, ciri pengecasan tanpa wayar untuk yang terletak di bahagian konsol tengah.

Accord juga sarat dengan ciri premium. Antaranya ialah  ialah memori tempat duduk pemandu, Driver Attention Monitor, Walk Away Auto Lock dan Remote Engine Start.

Panel instrumen dipertingkatkan dengan Paparan Audio Terkini berukuran 8 inci di bahagian konsol tengah konsol dan Paparan Kluster Meter TFT Interaktif berukuran 7 inci.

Accord menjadi satu-satunya model di dalam kelasnya yang mempunyai set lengkap Honda SENSING. Ia terdiri daripada Adaptive Cruise Control, Low Speed Follow, Auto High Beam, Forward Collision Warning, Collision Mitigation Braking System, Lane Keep Assist System, Road Departure Mitigation dan Lane Departure Warning.

Urusan memarkir kini menjadi lebih mudah dan pantas dengan bantuan Sistem Bantuan Parkir Pintar dan Bantuan Brek Belakang yang dapat mengecam garisan kotak tempat letak kereta.

Turut membantu ialah ciri stereng automatik, paparan skrin, panduan suara dan bantuan brek automatik diaktifkan apabila ada halangan dikesan.

Teknologi keselamatan tambahan yang ada pada Accord termasuklah kamera 360 dan Cross Traffic Monitor yang memantau bahagian belakang kereta ketika mengundur. Tidak ketinggalan, Honda LaneWatch.

Ciri-ciri keselamatan standard pula ialah 6 beg udara, Vehicle Stability Assist (VSA), Anti-lock Braking System (ABS), Electronic Brake Distribution (EBD), Emergency Stop Signal (ESS),  Hill Start Assist (HSA), sensor parkir depan dan belakang dengan kamera pelbagai sudut dan ISOFIX.

Accord didatangkan dala, empat warna menarik iaitu hitam Mutiara, perak metalik, kelabu dan putih mutiara (warna baharu).

Maklumat lanjut, sila kunjungi mana-mana 100 pengedar Honda di seluruh negara, hubungi nombor tol bebas Honda di talian 1-800-88-2020 atau layari laman web: www.honda.com.my.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button