
MITSUBISHI TRITON CATAT PERKONGSIAN PASARAN PALING TINGGI DALAM TEMPOH 10 TAHUN
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) memulakan tahun 2020 dengan prestasi baik apabila merekodkan perkongsian pasaran paling tinggi dalam tempoh 10 tahun.
MMM mencatatkan perkongsian pasaran sebanyak 22.8 peratus pada Januari 2020. Mitsibishi Triton menjadi satu-satunya jenama dalam segmen trak pikap yang berjaya mencapai pertumbuhan positif dan mengembangkan jualannya sebanyak 1.6 peratus bermula April 2019 hingga Januari 2020.
Dalam perkembangan berkaitan, Triton double cab berjaya naik ke kedudukan nombor satu di empat buah negeri iaitu Lembah Klang, Melaka, Pulau Pinang dan Kedah.
“Kami gembira dapat memulakan tahun 2020 dengan prestasik kukuh menerusi Triton yang berjaya menarik perhatian pengguna di Malaysia.
“Dengan pencapaian nombor satu dalam Indeks Khidmat Pelanggan J. D. Power Malaysia 2019, kami komited untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi. Maklumat lanjut, sila layari laman web: http://www.mitsubishi-motors.com.my/