BuletinMotosikal

HONDA ACTIVA KEMBALI, LEGENDA JUALAN LEBIH 15 JUTA UNIT!

Pada tahun 2017 kami pernah melaporkan tentang skuter Honda Activa yang terjual setiap sembilan saat. Model ini dari segi jualannya betul-betul legenda.

Honda melancarkan skuter Activa 102 cc pada tahun 2001. Pada tahun pertama, jualan Activa hanyalah sekitar 55 ribu unit dan dalam tempoh tiga tahun berikutnya telah berjaya menerajui segmen skuter. 

Sehingga Disember 2005, jualan kumulatif Activa mencecah sejuta unit dan menjelang Jun 2012, jualan Activa telah pun melebihi lima juta unit.

Honda Activa 4G 2017

Dalam tempoh tiga tahun berikutnya, Activa sekali lagi memahat rekod baharu apabila menjadi skuter pertama yang terjual lebih dari 10 juta unit!

Pada tahun 2016, jualan Activa berjaya mengatasi motosikal terlaris selama 17 tahun di India. 

Kali terakhir kami melaporkan Activa telah menjadi skuter automatik pertama di India dengan jualan lebih dari 15 juta unit!

Jumlah pasaran motosikal di India memang besar, pada tahun 2017 jualan keseluruhan motosikal di India mencecah 12,258,274 unit.

Honda Activa 4G 2017

Kini skuter legenda kembali apabila Honda Motorcycle & Scooter India Pvt. Ltd. mengumumkan pengenalan Activa 125 BSVI.

Satu perbezaan besar pada skuter ini ialah pematuhan peraturan Bharat Stage VI untuk emisi lebih bersih dan ia diperkenalkan lebih awal sebelum tarikh akhir pada April 2020.

Satu lagi perkara besar pada skuter ini ialah pembangunannya turut melibatkan 26 permohon paten baharu.

Enjin Honda Activa 125 BSV

Berikut ialah ciri-ciri pada Honda Activa 125 BSVI:

  • Menggunakan enjin 125cc PGM-FI HET (Honda Eco Technology) dan janaan Honda Enhanced Smart Power (eSP)
  • eSP adalah gabungan teknologi seperti Honda ACG Starter, Idling Stop System, Programmed Fuel Injection (PGM-FI) serta pembaikan dan pembaharuan komponen enjin.
  • Meter digital analog dengan tiga maklumat utama iaitu jarak dengan baki minyak, purata penggunaan minyak dan kecekapan penggunaan minyak semasa.
  • Turut dipaparkan ialah jarak perjalanan, masa, indikator ECO dan peringatan servis dan indikator kegagalan (On-Board Diagnostic) apabila skuter memerlukan perhatian lanjut.
  • Ruang simpanan bawah kerusi 18 liter dan kotak barangan depan.
  • Badan diperbuat daripada besi dengan reka bentuk sama seperti generasi terdahulu dan kemasan trendi seperti lampu pada fairing.
  • Suspensi belakang tiga larasan.
  • Akan mula dipasarkan di India pada penghujung suku kedua 2019-2020.
  • Tiada harga diumumkan, di Delhi, Honda Activa 4G terdahulu dijual pada harga INR 51,324 atau RM 3,268 (2017).

BACA: 1 UNIT TERJUAL SETIAP 9 SAAT, INILAH MOTOSIKAL TERLARIS DI DUNIA!

BACA: PADA 2001, HONDA CIVIC TYPE R EP3 DIPERKENAL DI JEPUN

BACA: HONDA & PANASONIC BEKERJASAMA BUAT ‘POWERBANK’ UNTUK MOTOSIKAL

Google ads
Back to top button