Buletin

PROTON MULAKAN UJIAN PEMASANGAN TEMPATAN MODEL X70

Proton dilapor sudah memulakan sesi ujian pemasangan tempatan SUV popular X70 di kilangnya di Tanjung Malim. 

Ia berikutan kemudahan pemasangan baharu Proton yang bernilai RM1.2 bilion hampir siap dibina.

Menurut Proton, walaupun bahagian cat dan pemasangan masih belum siap sepenuhnya, tetapi pasukan jurutera dan kakitangan pengeluaran boleh menjalankan ujian percubaan secara semi automatik. 

Ini bagi memberi pengalaman dan pendedahan kepada mereka untuk memasang sendiri X70,      

“PROTON berhasrat untuk memulakan pengeluaran X70 di Tanjung Malim pada separuh kedua tahun ini. Jadi kami kini berusaha keras untuk memastikan syarikat mampu mencapai sasaran yang ditetapkan. 

“Ia akan menjadi pencapaian yang luar biasa kerana dalam masa kurang dua tahun sejak perjanjian antara DRB-HICOM dan Geely ditandatangani, PROTON telah mencapai kejayaan penting dalam usaha untuk mengembalikan zaman kegemilangan PROTON,” kata  Pengerusi PROTON, Dato’ Seri Syed Faisal Albar. 

Perkembangan itu dikongsi apabila PROTON menerima kunjungan Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China, Miao Wei di Tanjung Malim.

Dalam lawatan kerja itu, Miao Wei turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian usaha sama di antara PROTON Edar, Altel Communications Sdn Bhd dan ECarX (Hubei) Technology Co. Ltd, China.

Usaha sama tersebut akan memberi manfaat kepada PROTON dari segi teknologi digital dan sistem ketersambungan di dalam kereta. 

Petronas MREC – Desktop
Tags
Google ads
Back to top button