Motosikal

MOTOSIKAL HONDA BEAT SITI NURHALIZA KENA REMBAT

Motosikal Honda BeAT, Siti Nurhaliza Chairun Nisa dicuri ketika parkir di depan sebuah kedai Toko Lancar Jaya Kampung Lembursawah, Kabupaten Sukabumi, Jawa Barat, Indonesia.

Menurut laporan Suara.com, kejadian berlaku kira-kira 3.30 petang apabila wanita berusia 23 tahun itu singgah di kedai untuk bertanya tentang kiriman barang tetapi terlupa mencabut kunci motosikal terbabit.

“Saya benar-benar terlupa mencabut kunci kerana tergesa-gesa mahu masuk ke dalam kedai untuk bertanyakan tentang kiriman barangan.

“Apabila saya keluar dari kedai, motosikal Honda Beat saya sudah dibawa lari,” katanya.

Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana pihak polis berjaya menjejaki pencuri tersebut dan menemui motosikalnya.

Pembantu Unit Jenayah Balai Polis Cibadak, Inspektor Dua Sapri berkata motosikal Siti Nurhaliza berjaya ditemui sebelum bahagiannya dileraikan oleh pencuri untuk dijual secara haram. – suara.com

Google ads
Back to top button