
HONDA DEDAH ADV 350 DI EICMA 2021
Honda mendedahkan skuter adventure terbaharu, ADV 350 pada pameran automotif EICMA di Milan Itali.
Skuter terbaharu menampilkan bahasa rekaan New Urban Adventure itu tidak jauh berbeza dibandingkan model X-ADV dan ADV 150.
Ia ditawarkan dengan tiga warna pilihan iaitu perak (Spangle Silver Metallic), kelabu (Mat Carbonium Gray Metallic) dan merah (Mat Camelian Red Metallic).

Bagaimanapun, Honda masih belum mendedahkan bagi skuter ADV 350.
ADV 350 dilengkapi lampu LED berkembar, cermin penghadang angin boleh laras dengan empat pilihan, tayar bersaiz 120/70-15MC di depan dan 140/70-14MC di belakang.
Di bawah bahagian tempat duduk pula, terdapat ruang simpanan berkapasiti 48 liter yang mampu menyimpan dua topi keledar.

Selain itu, skuter itu turut didatangkan pengecas USB Type-C pada bahagian konsol pemuka dan panel instrumen LCD yang dipadankan bersama Honda Smartphone Voice Control.
ADV 350 mendapat khidmat enjin silinder tunggal sejukan cecair 330 cc yang mampu menjana kuasa 28.8 hp @ 7,500 rpm dan tork 31.5 Nm @ 5,250 rpm, dibantu sistem pancitan bahan api elektronik PGM-FI.

Sistem suspensi hadir dengan fork terbalik (USD) 37mm, penyerap hentak berkembar di belakang, dibantu dengan sistem brek cakera 256 mm depan dan 240 mm belakang, serta sistem ABS dua saluran.
Skuter terbaharu itu memiliki kapasiti tangki bahan api mencapai 11.7 liter dan sistem penghidup pintar tanpa kunci (keyless)
Ciri-ciri lain termasuk Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan Emergency Stop Signal (ESS).- Motor1/otomotifkompas
- BACA: HONDA ADV150 LOSS WHITE UNTUK PASARAN JEPUN. TERHAD 1,000 UNIT, BERMULA RM16,945
- BACA: HONDA ADV 150 RASMI DILANCARKAN. 2 PILIHAN WARNA, BREK ABS, RM11,999 SAHAJA!
- BACA: SKUTER ADVENTURE YAMAHA BWS 125 2021 DILANCARKAN DI TAIWAN. INI ATAU HONDA ADV150?
- BACA: MASALAH ENJIN HONDA ADV 150. PEMILIK BUAT PETISYEN TUNTUT HONDA BUAT RECALL