
HONDA DEDAH HAWK 11 DI PAMERAN MOTOSIKAL OSAKA. CAFE RACER RETRO MODEN MANTAP
Sejak beberapa minggu lalu, jentera terbaharu Honda Hawk 11 menjadi bahan berita hangat dengan pendedahan beberapa gambar model café racer tersebut.
Penantian peminat jentera café racer terjawab apabila Honda mendedahkan Hawk 11 di Pameran Motosikal Osaka.

Menurut laporan Visordown, motosikal yang menampilkan rekaan retro moden berkenaan menggunakan bingkai sama seperti dikongsi NT1100 dan Africa Twin.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Honda telah melakukan perubahan geometri mahupun jarak roda Hawk 11.
Honda Hawk 11 dikatakan menggunakan khidmat enjin dua silinder sebaris 270° sama seperti digunakan Africa Twin, CMW1100 dan NT1100.

Jentera terbaharu itu menawarkan tiga mod tunggangan iaitu Road, Rain dan Sport serta dua pilihan yang boleh dikonfigurasi penunggang.
Selain itu, sama seperti NT 1100, ia juga kemungkinan besar hadir dengan Kawalan Pilihan Tork Honda dan Kawalan Wheelie.

Honda Hawk 11 dilengkapi fork hadapan USD Showa 43mm dan komponen sama dimiliki NT1100 serta brek berkembar Nissin.
Ia turut hadir dengan panel meter digital yang ‘diangkut’ daripada CMX 1100 Rebel.
Honda masih belum mendedahkan secara terperinci berhubung spesifikasi dan harga jentera Hawk 11. – visordown/rideapart
- BACA: HONDA LANCAR CG125 EDISI KHAS ULANG TAHUN KE-30 DI CHINA. HARGA BERMULA RM4,969
- BACA: 10 PRODUK BUKAN AUTOMOTIF BUATAN HONDA. BUKAN KERETA, BUKAN MOTOSIKAL
- BACA: HONDA RS150R 2022 TERIMA ENJIN EURO4, 3 WARNA BAHARU. BERMULA RM8,299 SEUNIT
- BACA: 1.7 JUTA KENDERAAN HONDA DALAM SIASATAN. ADA INSIDEN SISTEM BREK KECEMASAN