Buletin

HONDA AMAZE FACELIFT

Honda Cars India Limited  memperkenalkan Honda Brio facelift. Lebih dikenali sebagai Honda Amaze di sana, model itu tampil dengan beberapa pembaharuan.

honda-amaze-india-mekanika (4)

Model sedan itu kini didatangkan dengan transmisi CVT. Ini menjadikan Amaze sebagai jentera petrol pertama dalam kelasnya yang menggunakan  teknologi CVT canggih.

Teknologi CVT Earth Dreams memberikan sensasi pemanduan yang lancar. Malah, kecekapan bahan apinya juga  lebih tinggi. Di atas kertas, model itu mampu mencatatkan 18.1 kilometer seliter.

Pasaran India menerima pilihan enjin petrol 1.2 liter i-VTEC dan 1.5 liter i-DTEC diesel. Kedua-duanya didatangkan dengan kotak gear manual 5-kelajuan. Bagaimanapun diesel hanya ditawarkan dengan pilihan gear manual.

honda-amaze-india-mekanika (2)

Bahagian luaran Amaze semakin terserlah dengan bampar hadapan baharu dan dua gril krom. Di belakangnya pula, rekaan lampu juga baru.

Perubahan paling besar adalah pada bahagian kabin. Papan pemuka dirombak habis berbanding sebelumnya. Ia kelihatan seakan-akan rekaan papan pemuka City dan Jazz.

Honda menerapkan konsep rekaan  ‘All-New Dual tone Futuristic’ menerusi rekaan panel instrumen yang  semakin menarik. Honda turut menambah rekaan speedometer 3D bersama  Multi Information Display (MID).

honda-amaze-india-mekanika (3)

Honda Amaze didatangkan dengan dua beg udara, ABS, EBD dan  immobilizer. Harga model berkenaan bermula 5.29 lakhs (RM32,483) sehingga  8.19 lakhs (RM50,252).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button