Spyshot

SPYSHOT: PROTON PERDANA 2016

Baru-baru ini, kami ada mengeluarkan artikel tentang tempahan model Proton Perdana 2016 kini dibuka. Malah, pada majlis berkenaan pihak media berpeluang melihat dengan lebih dekat model tersebut.

IMG_0615

Bagaimanapun, rakaman gambar tidak dibenarkan. Mekanika bernasib baik apabila terserempak model itu yang sedang diuji di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS).

Untuk makluman, Perdana dibina di atas platform Honda Accord generasi kelapan. Justeru, Perdana 2016 yang bakal dilancarkan pada suku pertama tahun ini dibekalkan dengan dua pilihan enjin iaitu 2.4 liter dan 2.0 liter.

IMG_0619

Antara yang paling menyerlah ialah rekaan hadapan dengan lampu utama jenis projector xenon LED, lampu nyalaan siang (DRL), lampu belakang LED nipis, rekaan garis badan seperti sebuah coupe, serta kemasan krom pada bingkai tingkap dan hendal pintu.

IMG_0617

Anggaran harga model berkenaan adalah sekitar RM120,000 hingga RM150,000 seunit. Dengan pelbagai ciri menarik serta kebolehpercayaan kerangka dan rangkaian kuasa daripada Honda, tawaran ini memang sukar diketepikan.

Menjengah ke ruang kabin, papan pemuka Accord dapat dilihat dengan jelas. Model yang dipamerkan ini menggunakan kemasan dalaman berwarna beige dan kayu. Model serba baharu ini juga menjadi jentera pertama  menggunakan logo baharu Proton.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button