Peranti

FUJIFILM X70, SIRI X PALING RINGAN- RM3,388

FUJIFILM Malaysia semalam melancarkan kamera kompak premium FUJIFILM X70. Kamera itu menampilkan lensa 18.5mm*1F2.8 yang sesuai untuk pelbagai kegunaan daripada landskap hingga ke rakaman santai.

FUJIFILM-X70-2016-mekanika (2)

Sudah pun berada di pasaran, kamera itu dilengkapi sensor X-Trans CMOS II saiz APS-C dan enjin pemprosesan imej EXR Processor II.

X70 membawakan semua ciri yang menggabungkan operasi manual ringkas, kualiti imej yang hebat serta fungsi rakaman imej versatil. X70 juga merupakan Siri-X pertama yang menawarkan paparan skrin sentuh yang boleh dipusing 180 darjah bagi membolehkan pengguna merakam pada sudut tinggi, rendah atau selfie.

FUJIFILM-X70-2016-mekanika (14)

Ciri-ciri utama X70

  1. Lensa 18.5mm F2.8 FUJINON terbaharu bagi situasi rakaman yang lebih luas

Dengan reka bentuk optikal daripada model X100T, menghasilkan lensa yang kompak, sudut luas berkualiti tinggi pada badan kamera yang kecil dan nipis kini tidak lagi mustahil.

Jarak fokal tunggal ini menyerakkan cahaya secara sekata di seluruh bingkai bagi menghasilkan imej beresolusi tinggi dari bahagian tengah hingga ke tepi.

FUJIFILM-X70-2016-mekanika (6)

  1. Sentuhan akhir berkualiti tinggi dan operasi yang mudah

Dengan anggaran berat 340g, X70 merupakan kamera Siri-X dengan sensor saiz APS-C yang paling ringan. Plat atas menampilkan dail tetapan dedahan dan pengatup logam kitaran aluminium, menjadikan akses kepada ciri-ciri penting lebih pantas.

Sementara gegelang apertur dan fokus juga dihasilkan daripada logam aluminium yang membantu menjadikannya lebih ringan. Apertur boleh diubah untuk kenaikan 1/3 atau 1-stop. Kawalan gegelang pemfokusan yang juga berfungsi sebagai gegelang kawalan untuk akses pantas kepada beberapa fungsi lain.

X70 turut dilengkapi tuas Auto Mode Switch  bagi pemilihan mode Advanced SR Auto automatik. Setelah dipilih, kamera akan memilih tetapan optimum secara automatik untuk menghasilkan kualiti foto yang terbaik.

FUJIFILM-X70-2016-mekanika (3)

  1. Badan kompak dengan sensor X-Trans CMOS II saiz APS-C dan enjin pemprosesan imej EXR Processor II

Teknologi utama yang menawarkan imej berkualiti tinggi kepada model Siri-X kini dimuatkan ke dalam badan yang kecil. Ini termasuk teknologi penghasilan warna dan teknologi pemprosesan imej unik Lens Modulation Optimizer (LMO) yang membetulkan kecacatan optikal seperti pembiasan bagi mendapatkan ketajaman hujung ke hujung dan kesan tiga dimensi yang realistik.

AF pengesanan fasa sangat pantas pada sensor 0.1 saat. Terima kasih kepada pemprosesan imej EXR Processor II, masa mula kamera hanyalah 0.5saat, dengan masa susulan pengatup 0.01saat dan sela rakaman 0.5saat.

FUJIFILM-X70-2016-mekanika (11)

  1. Kamera Siri-X pertama dengan skrin sentuh LCD 180 darjah

X70 menampilkan skrin sentuh LCD yang pertama untuk Siri-X. Tetapan Touch Panel berfungsi mengaktifkan Touch Shot dan Focus Area Selection ketika rakaman. Ketika paparan semula, operasi intuitif seperti telefon pintar boleh  dilakukan.

FUJIFILM-X70-2016-mekanika (17)

  1. Aksesori khas X70

Empat pilihan aksesori khas direka bagi menjadikan X70 lebih versatil. Ini termasuk sarung kulit separuh BLC-X70 bagi perlindungan dan memberikan cengkaman tambahan.

Pelindung lensa LH-X70 bagi menghalang suar dan kecacatan cahaya, pembidik optic VF-X21 bagi mereka yang gemarkan rakaman melalui pembidik dan lensa mengubahan sudut luas WCL-X70 yang memberikan jarak fokal 21mm(35mm).

FUJIFILM-X70-2016-mekanika (4)

Kamera kompak dengan lensa tetap ini boleh anda miliki pada harga RM3,388 seunit. Tidak lah murah, tetapi kualiti gambar dan binaannya yang premium pasti membuatkan pembeliannya cukup berbaloi.

Google ads
Back to top button