HONDA ASIAN JOURNEY: KONVOI INDO, VIETNAM, THAI & MALAYSIA KINI DI PULAU PINANG
Kami sedang berada di Pulau Pinang sejak semalam sempena menyambut konvoi yang singgah di negeri “kelahiran” Honda ini sebelum meneruskan perjalanan ke MotoGP Sepang Ahad ini.
Dikenali sebagai “Honda Asian Journey”, program tahun ini adalah yang terbesar pernah dianjurkan oleh Honda Asia melibatkan A.P. Honda Co. Ltd. Thailand, Boon Siew Honda Sdn. Bhd. Malaysia, PT Astra Honda Motor in Indonesia dan Honda Vietnam Co., Ltd.
Peserta konvoi bermula pada 26 Oktober dengan berkumpul di Phuket. Mereka diberi pengalaman menunggang di Honda Safety Riding Park in Phuket, salah satu “taman” buat penunggang berlatih motosikal berkuasa tinggi dan motosikal offroad.
Dari Phuket, mereka bergerak ke Malaysia dan berkumpul di Changlun dan seterusnya Pulau Pinang. Program ini melibatkan lebih 50 orang rider, Pengedar Honda dari Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam.
Bermula pagi ini dari Pulau Pinang mereka akan bergerak terus ke Kuala Lumpur. Honda juga memberi peluang kepada peserta menerusi variasi tunggangan motosikal mereka seperti CB500X dan F, CBR1000RR, Africa Twin dan Goldwing.
Eh bertuah lah badan dapat ride motor orang sponsor.
JADUAL PERJALANAN
26 Oktober dari Phuket ke Changlun
27 Oktober dari Changlun to Penang
28 Oktober dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur
29 Oktober dari Kuala Lumpur to Sepang
30 Oktober Ride to Sepang International Circuit untuk MotoGP