
HONDA AUSTRALIA PERKENAL CIVIC HATCHBACK ORANGE EDITION DAN BLACK PACK
Honda Australia memperkenalkan versi edisi terhad Honda Civic bagi varian hatchback. Dikenali dengan nama Civic Orange Edition, model ini ditawarkan dalam kesemua trim VTi, VTI-S, VTi-L dan VTi-LX.
Seperti yang jelas pada namanya Civic Orange Edition menampilkan kemasan warna oren pada bahagian splitter hadapan, skirting tepi, diffuser angin belakang serta pelekat livery. Sebagai kelengkapan tambahan, ia dipasangkan dengan rim 17 inci dengan kemasan hitam.
BACA: HONDA JAZZ FACELIFT DILANCARKAN DI JEPUN
Jika anda rasa Orange Edition terlalu “Ahbeng”, Honda Australia turut menghasilkan apa yang disebut Black Pack. Seperti yang awal tadi, tapi kali ini ia dikenakan dengan kemasan hitam. Menurut pendapat peribadai Abang Japar, yang ni lebih senonoh.
Model ini dijual RM10,000 lebih mahal dari versi standard. Pemilik Civic hatchback yang biasa juga boleh menaiktaraf kereta mereka dengan kos yang sama.