
WRC2 – KAJETAN KAJETANOWICZ MENANG DI SAFARI RALLY KENYA
Saingan kelas WRC2 dalam FIA World Rally Championship (WRC) di Safari Rally Kenya juga tidak kurang hebatnya. Pemandu dari Poland, Kajetan Kajetanowicz muncul sebagai pemenang kelas WRC2 pada perlumbaan rali yang cukup mencabar di Safari Rally Kenya.
Pemandu jentera Skoda Fabia RS Rally2 yang berusia 44 tahun itu berjaya menamatkan saingan dengan kelebihan lebih 11 minit di hadapan saingan terdekatnya, Martin Prokop yang memandu Ford Fiesta Rally2. Susulan daripada kejayaan di Kenya ini, melonjakkan kedudukan Kajetan Kajetanowicz daripada kesembilan ke keempat keseluruhan setakat ini.
Awalnya, Kajetan Kajetanowicz terpaksa bersaing rapat dengan pendahulu kelas WRC2 sebelumnya, Grégoire Munster yang memandu jentera Ford Fiesta Rally2 dari pasukan M-Sport Ford. Pemandu muda dari Belgium itu mempamerkan pemanduan yang agak konsisten di awal perlumbaan namun harus menarik diri akibat masalah mekanikal yang melanda Ford Fieta Rally2 akibat daripada perlumbaan yang agak ekstrem itu.

Dan baki 6 SS seterusnya berjaya disudahkan dengan cemerlang oleh Kajetan Kajetanowicz untuk memenangi Safari Rally Kenya ini. Untuk rekod, Kajetan Kajetanowicz adalah diantara orang lama di pentas WRC2 ini apabila telah berlumba dalam kelas ini semenjak dari 2016 lagi dan pernah bergelar juara FIA European Rally Championship (ERC) dari tahun 2015 hingga ke 2017 berturut – turut.
Sementara itu, , Martin Prokop dikira cukup bertuah untuk menaik podium kedua di Kenya ini dalam tempoh tiga percubaan beliau beraksi di rali yang mencabar ini. Pada 2021, , Martin Prokop terlibat dengan kemalangan dan tahun sudah beliau mengalami masalah enjin. Ini adalah keputusan yang terbaik pernah dicatat oleh pemandu dari Republik Czech setakat ini.

Tempat ketiga kelas WRC2 pula menjadi milik hero lagenda tuan rumah, Carl ‘Flash’ Tundo dengan ketinggalan 2 minit 55 saat di belakanag Martin Prokop walau pun hanya memandu jentera Skoda Fabia R5 yang dianggap sedikit tua berbanding jentera Rally2 yang lain lebih moden.
Sementara itu, jaguhan dari Sweden, Oliver Solberg pula berada di kedudukan kesembilan keseluruhan dalam kalangan semua peserta tetapi sebenarnya beliau berada di kedudukan kedua terbaik dalam kelas WRC2 dengan ketinggalan 2 minit lebih. Namun Oliver Solberg memilih untuk tidak mengutip mata di Kenya sekali gus menjadikan rezeki buat Martin Prokop untuk menaiki podium kedua.
Kedudukan Pungutan Mata
- Yohan Rossel – 77 mata
- Oliver Solberg – 64 mata
- Gus Greensmith – 62 mata
BACA : WRC2 – YOHAN ROSSEL MENANG DI CROTIA RALLY
BACA : WRC2 – KEMENANGAN DRAMATIK BUAT ANDREAS MIKKELSEN DI RALLY ITALIA