HONDA BEAT 2022. 4 PILIHAN WARNA, BERMULA RM5.7K
Boon Siew Honda baru-baru ini memperkenalkan skuter kompak Honda BeAT dengan penampilan segar melalui warna serta jalur terkini yang sporty dan moden.
Dengan penampilan baru ini, Honda BeAT akan dapat melengkapkan kehidupan remaja yang bergaya serta membuktikan ia sebagai alat pengangkutan yang boleh dipercayai.
Honda BeAT dikuasakan oleh enjin eSP (enhanced Smart Power) dengan sistem pembakaran PGM-FI yang menghasilkan kuasa maksimum 8.67hp pada 7,500rpm dan tork 9.53Nm pada 6000 rpm. Enjin eSP itu mematuhi piawaian emisi Euro 4 dan Energy Efficient Vehicle (EEV).
Penggunaan bahan api adalah sekitar 59.1 km/liter (WMTC test mode), sangat jimat.
Model tersebut didatangkan dengan keselesaan menunggang terbaik, hasil inovasi enhanced Smart Architecture Frame (eSAF) yang lincah.
Skuter itu bukan sahaja mudah dikawal, malah memberikan lebih ruang kepada tangki bahan api berkapasiti 4.2 liter dah ruang penyimpanan barang seluas 11.7 liter di bawah pelana.
BeAT terus menampilkan Sistem Brek Kombi (CBS) yang disambung menggunakan tuil brek belakang. Sistem berkenaan menggabungkan brek hadapan dan belakang serta mengagihkan tekanan secara optimum antara keduanya untuk mencapai jarak brek yang diingini.
Skuter bandar itu juga mengutamakan keselamatan pengguna melalui ciri-ciri seperti lampu depan LED, kunci brek parkir dan Side Stand Switch yang secara automatik menghentikan enjin apabila tongkat sisi diturunkan.
Skuter bergaya itu kini didatangkan dalam empat pilihan warna baharu iaitu kuning, hitam mutiara, merah dan biru. Ia juga hadir bersama jaminan selama dua tahun atau perbatuan sehingga 20,000km (mana-mana tiba dahulu).
Honda BeAT boleh anda miliki pada harga bermula RM5,765 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan yuran pendaftaran).
- BACA: APRILIA LANCAR SKUTER ADVENTURE SR GT 125 & 200. MAMPU GUGAT HONDA ADV?
- BACA: HONDA LANCAR SKUTER VARIO 160 DI INDONESIA. ENJIN LEBIH POWER, BERMULA RM7.5K
- BACA: SKUTER HONDA PCX 150 BAKAL DIPASANG SISTEM VTEC – POWER NI!
- BACA: HONDA SH – SKUTER HONDA YANG POPULAR DI ITALI
GALERI