Motosikal

HONDA BEAT 2020. ENJIN eSP BAHARU, 4 PILIHAN WARNA, BERMULA RM5,555 SEUNIT

Boon Siew Honda baru-baru ini memperkenalkan skuter Honda BeAT 2020 yang hadir dengan pelbagai ciri baharu.

Skuter itu hadir dalam empat warna menarik pada harga seperti berikut:

Honda BeAT dikuasakan oleh enjin eSP (enhanced Smart Power) baharu dengan sistem pembakaran pancitan bahan api PGM-FI. Teknologi enjin terbaharu ini mampu menghasilkan kuasa 8.67 kW @ 7,500rpm dan tork maksimum 9.53 Nm @ 5,500rpm.

Enjin eSP itu mematuhi piawaian Euro 4 dan standard kenderaan cekap tenaga EEV (Energy Efficient Vehicle) dengan peningkatan prestasi penggunaan bahan api sekitar 59.1 km/liter (mod ujian WMTC).

Keselesaan menunggang dipertingkatkan menerusi penggunaan kerangka baharu yang mudah dikendalikan, eSAF (enhanced Smart Architecture Frame). Teknologi eSAF membolehkan penggunaan ruang penyimpanan dengan lebih baik.

Hasilnya, tangki minyak dan ruang penyimpanan di bawah tempat duduk kini lebih besar. Kapasiti tangki minyak kini meningkat dari 4.0 liter kepada 4.2 liter untuk mengurangkan hentian isian bahan bakar.

Kapasiti ruang penyimpanan barangan pula seluas 11.7 liter, naik 0.5 liter berbanding model terdahulu. Berat keseluruhan Honda BeAT juga dikurangkan sebanyak 4kg kepada 90kg.

Honda BeAT menampilkan lampu depan LED, meter kelajuan, cermin sisi yang telah direka semula, rim, tuas penguncian brek dan pembuka tempat duduk  baharu. Lampu belakang dan isyarat membelok baharu.

Tidak berkompromi dari segi keselamatan, Honda BeAT 2020 hadir dengan sistem brek CBS (Combi Brake System). Sistem brek berkenaan membolehkan jarak brek lebih pendek dan kawalan jentera meyakinkan.

Skuter itu juga dilengkapi sistem Smart Lock System yang memastikan brek kekal aktif sebelum mptosikal dihidup atau ketika berhenti. Ini bagi mengelakkan skuter bergerak secara sengaja.

Suis tongkat sisi secara automatik akan mematikan enjin apabila tongkat sisi diturunkan.

GALERI

Google ads
Back to top button