Buletin

HONDA BR-V TERIMA TEMPAHAN 7000 UNIT, MODEL TERLARIS HONDA 2017

Semenjak dilancarkan pada awal tahun lalu, BR-V menjadi senjata terbaru Honda Malaysia. Selepas menerajui pasaran bagi jenama bukan Nasional paling laris dengan jualan melebihi 98,000 unit pada 2016, Honda Malaysia mendapat pecutan awal di tahun 2017 menerusi SUV 7 tempat duduk mereka, BR-V.

Sehingga semalam, sebanyak 7,000 tempahan BR-V telah diterima dan ia adalah pencapaian luar biasa Honda, mengekalkan momentum pasaran yang sebelumnya dicapai oleh HR-V. Sasaran jualan BR-V di seluruh negara ialah 800 unit sebulan. Pencapaian dalam aspek jualan ini membuktikan kepercayaan jenama dan kualiti yang tinggi. Honda sudah mampu meanrik nafas lega dengan

BACA: HONDA BR-V DILANCARKAN< BERMULA RM85K

Honda Malaysia menawarkan BR-V dalam dua varian iaitu E dan V. Varian E ditawarkan pada harga RM85, 800. Manakala varian V pula berharga RM92,800 (atas jalan dengan insurans). Ia datang dengan jaminan tanpa had selama 5 tahun.

Jentera itu dikuasakan oleh enjin 1.5L i-VTEC Honda dan dipadankan dengan kotak gear CVT yang dibangunkan di bawah Teknologi Earth Dreams Honda. Enjin tersebut mampu menjana kuasa mencecah 120PS dan tork 145Nm.

Varian paling laris ialah Varian V yang tampil dengan lebih menarik menerusi pelbagai ciri premium untuk segmen B seperti paparan audio & pendingin hawa automatik bersaiz 6.1 inci, butang penghidup enjin, kemasukan pintar dan kemasan kulit. Selain stereng dengan butang kawalan audio yang dibalut kulit.

Honda Malaysia dalam satu kenyataan semalam memberitahu, mereka sedang berusaha memenuhi permintaan model ini dan kapasiti pengeluaran telah ditingkatkan. Mereka menjangkakan semua tempahan ini akan dapat dihantar kepada pelanggan menjelang bulan Mac.

BACA: HONDA PREBIU CITY FACELIFT 2017

 

Google ads
Back to top button