Motosikal

HONDA CATAT KEMENANGAN BERGANDA DI KEJUARAAN CUB PRIX MALAYSIA 2020

Jentera dua roda Honda membukti kejagoan mereka dalam siri perlumbaan Malaysia Cub Prix PETRONAS 2020 bagi kelas CP150 apabila merangkul kedudukan pertama dan kedua.

Tempat pertama dimenangi oleh pasukan HI-REV SCK Honda Racing. Manakala tempat kedua dimenangi oleh pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing.

HI-REV SCK Honda Racing mengumpul 192 mata daripada lapan siri perlumbaan yang diadakan sepanjang tahun 2020. Idemitsu Honda Yuzy Racing pula mengumpul 174 mata dalam cabaran yang sama.

Namun dari segi prestasi pelumba yang mengemudi jentera Honda, ia merupakan satu persaingan yang sangat sengit dengan kedudukan mata yang tidak jauh berbeza.

Mohd Helmi Azman yang menggunakan nombor bertuah 32 daripada pasukan HI-REV SCK Honda Racing meraih 143 mata sepanjang siri perlumbaan. Pencabar terdekatnya iaitu Azroy Hakeem Anuar daripada Idemitsu Honda Yuzy Racing pula memberikan saingan dengan membawa pulang 136 mata daripada 8 perlumbaan yang cukup mendebarkan.

Dominasi kedudukan 1 dan 2 ini membuktikan keupayaan jentera Honda dalam mengharungi perlumbaan mencabar sepanjang tahun 2020 dengan prestasi yang sangat konsisten.

Berdasarkan kepada prestasi semasa, maka tidak hairanlah jika jentera Honda dengan teknologi enjin, transmisi dan cesi terkini berupaya mengulangi pencapaian cemerlang ini pada tahun 2021.

Mengikut analisis data perlumbaan dan mata, Mohd Helmi Azman telah pun menjuarai katagori CP150 ini setelah memenangi perlumbaan buat kali ke 4 pada pusingan ke 7 perlumbaan. Syabas Honda!

Google ads
Back to top button