Buletin

HONDA CIVIC CONCEPT

Honda baru-baru ini memperkenalkan model Civic Concept yang disifatkan sebagai ultra sporty di acara pameran New York International Auto Show 2015.

Civic Concept

Ia berikutan pengeluar berpengaruh dari Jepun tersebut dilihat bersedia untuk melancarkan Civic geenerasi kesepuluh.

Di pasaran Amerika Syarikat (AS), model baharu itu akan melibatkan varian sedan, coupe, Si dan Type-R. Ia juga menjadi model pertama yang dilengkapi enjin VTEC Turbo bersesaran 1.5 liter daripada keluarga enjin Earth Dreams Technology Honda.

Civic Concept

Enjin itu kemudian akan dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan atau transmisi CVT

“Civic baharu ini akan menjadi Civic yang paling maju dari segi teknologi, dinamik, bergaya dan halus buatannya yang pernah kami hasilkan. Pendek  kata, ini akan menjadi sebuah Civic yang epik,” kata Naib Presiden Eksekutif, Divisyen Automobil, American Honda Motor Co., Inc., John Mendel.

Civic Concept

Civic Concept hadir dengan tapak roda lebih panjang, serta kelihatan  lebih rendah dan lebar. Ia turut tampil dengan hud lebih panjang dan bahagian belakang yang sedikit pendek demi menyerlahkan karekternya yang atletik.

Wajahnya diserlahkan menerusi penggunaan lampu utama jenis LED dan gril Honda “Flying H” yang disokong oleh ruang kemasukan udara di bahagian bawahnya.

Civic Concept

Pembinaan model Civic sedan dan coupe baharu diterajui oleh pasukan R&D AS buat pertama kalinya.
[hr]Galeri

Civic ConceptCivic ConceptCivic ConceptCivic ConceptCivic ConceptCivic ConceptCivic Concept

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button