Pandu Uji

TOYOTA CAMRY BAHARU – BERMULA RM150,000

UMW Toyota Motor semalam memperkenalkan secara rasmi sedan eksekutifnya, Toyota Camry. 

SONY DSC

Camry mula diperkenalkan di pasaran tempatan pada tahun 1994. Sejak itu, ia mendapat sambutan memberangsangkan dengan lebih 116,000 unit terjual sehingga kini.

UMW Toyota Motor mensasarkan untuk menjual 9,000 unit Camry baharu tahun ini dengan 7,000 daripadanya ialah Camry Hybrid. Tempahannya dibuka semalam dengan lebih 300 unit telah ditempah.

SONY DSC

“Kami menjangkakan model hibrid dapat dijual dalam jumlah lebih banyak kerana ia ditawarkan pada harga yang berpatutan. Lagi pun, Camry Hybrid menawarkan tahap penjimatan bahan api dan kuasa yang jauh lebih baik,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki.

Camry yang dipasang tempatan (CKD) kini hadir dengan varian Camry 2.0E, Camry 2.0G dan versi hibrid. Dengan pengenalan Camry Hybrid, varian Camry dengan enjin petrol 2.5L tidak lagi dijual. Untuk makluman, model tersebut sebelum ini telah terjual lebih 6,000 unit.

SONY DSC

Harganya? Camry 2.0E ditawarkan pada harga RM149,900 dan Camry 2.0G berharga RM159,900 seunit. Sementara Camry Hybrid 2.5L pula boleh anda miliki pada harga RM174,900 seunit.

Semua harga ini adalah di atas jalan termasuk insurans dan GST. Tahukah anda, tanpa insentif cukai daripada kerajaan untuk model hibrid, harga Camry Hybrid 2.5L dianggarkan lebih RM250,000 seunit.

new-Toyota-Camry-2015-mekanika (23)

Melihat kepada penampilan luarannya, Camry generasi terbaharu ini mengekalkan identiti “Keen Look” dan konsep rekaan “Under Priority”. Maka, tidak hairanlah jika ia kelihatan lebih sporty dan maskulin.

Camry 2.0E dan Camry 2.0G dikuasakan oleh enjin empat silinder 16 injap DOHC baharu. Enjin dengan kod 6AR-FSE itu mampu menjana kuasa sehingga 167PS @ 6,500 dan tork 199Nm @ 4,600.

new-Toyota-Camry-2015-mekanika (21)

Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan Super ECT dan Sequential Shifter. Sekali gus menggantikan transmisi automatik empat kelajuan yang digunakan sebelum ini (akhirnya!).

Dengan aplikasi beberapa teknologi terkini seperti VVT-iW, nisbah mampatan yang lebih tinggi dan sistem pancitan bahan api D-4S, enjin tersebut menawarkan penggunaan bahan api sekitar 7.5 liter untuk setiap 100km.

new-Toyota-Camry-2015-mekanika (15)

Varian hibrid pula dijana oleh sistem Hybrid Synergy Drive (HSD) yang baru. Sistem hibrid penuh ini digabungkan dengan enjin empat silinder kitaran Atkinson serta motor elektrik yang menawarkan kuasa tork tinggi.

Kombinasi tersebut menawarkan tujahan kuasa mencecah 205PS. Enjin itu mampu menjana tork sehingga 213Nm dan 270Nm daripada motor elektrik. Jadi, memecut dengan Camry 2.5L Hybrid memang menyeronokkan. Lebih seronok lagi, ia hanya menggunakan 5.2 liter untuk setiap 100km. Memang jimat.

SONY DSC

Sama seperti model hibrid Toyota yang lain, sedan ini menggunakan kotak gear E-CVT untuk menyalurkan kuasa enjin ke roda hadapan.

Camry 2.5L Hybrid menggunakan bateri nikel metal hidrat yang diletakkan di bahagian but bersama sistem penyejukan yang telah dipertingkatkan. Bagi memberi ketenangan minda kepada pemiliknya, UMW Toyota memperkenalkan program jaminan selama lapan tahun hanya untuk bateri hibrid itu.

new-Toyota-Camry-2015-mekanika (14)

Menyentuh tentang aspek keselamatan pula, varian tertinggi Camry 2.5L Hybrid dilengkapi tujuh beg udara, brek ABS, Vehicle Stability Control (VC), Traction Control, Hill Start Assist (HSA), Blind Spot Monitor (BSM), Rear Cross Traffic Alert System dan banyak lagi.

Camry 2.0G, ia tidak dipasang dengan BSM.  Sementara untuk varian paling rendah, Camry 2.0E tidak mempunyai sistem VSC dan terpaksa berpuas hati dengan hanya dua beg udara.

new-Toyota-Camry-2015-mekanika (17)

Menjengah ke bahagian kabin, semua varian kini dimonopoli oleh warna hitam. Perubahan ketara ialah kluster tengah yang telah direka semula. Kemasan kayu digunakan pada bahagian atas stereng, papan pemuka dan konsol tengah. Sekali gus memberikannya ambien lebih mewah.

Udara di dalam kabin sentiasa segar menerusi aplikasi sistem pembersihan Nano-e TM yang membersihkan udara daripada ion-ion negatif. Bagi memudahkan pengguna, Camry turut dilengkapi pad pengecas telefon bimbit tanpa wayar yang pertama dalam kelasnya

SONY DSC

Dengan semua penambahbaikan ini, Camry dilihat semakin bersedia untuk kembali bersaing sengit dalam segmen yang pernah ia kuasai dahulu.
[hr]GALERI

SONY DSCSONY DSCSONY DSCnew-Toyota-Camry-2015-mekanika (16)Lane Depature Warningnew-Toyota-Camry-2015-mekanika (20)new-Toyota-Camry-2015-mekanika (22)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button