Artikel Pilihan

PROTOTAIP AKHIR HONDA PRELUDE 2026 DIDEDAHKAN, DAH FINAL….

Selain daripada jenama Toyota, Honda juga mengambil peluang keemasa dari Goodwood Festival of Speed dengan mendedahkan model prototaip dipercayai model terakhir dan model ini akan dihasilkan secara besar-besaran mulai tahun depan

Walaupun pada tahun 2024 Honda telah membawa model konsep ini, namun cermin sisi digelapkan dan pintu telah dikunci untuk menyekat akses orang ramai ke dalam kabin. Namun bagi tahun ini, Honda telah membenarkan pengunjung untuk masuk dan mencuba kabin Honda Prelude 2026 ini

Dalam video yang diambil oleh pengunjung festival, Honda telah menghantar satu unit dengan warna niru Boost Blue Pearl yang turut mengambil acara dalam perlumbaan mendaki bukit. Dengan rekaan liftback 3 pintu, Honda Prelude ini menawarkan ruang 2+2 sama seperti Honda CR-Z terutama dengan rekaan bumbung landai ke belakang

Berbeza dengan CR-Z, Honda Prelude 2026 ini menawarkan kusyen yang boleh dilipat di bahagian belakang. Susun atur rekaan dalaman banyak mengambil inspirasi (atau komponen) dari model Civic/Integra dalam usaha untuk mengurangkan kos pembangunan produk

Bagi Honda Prelude 2026, ia hanya akan ditawarkan dalam varian automatik sahaja berbanding dengan model CR-Z yang pernah ditawarkan dalam varian manual hibrid. Namun Honda tetap menambah butang S+ untuk membolehkan “anjakan simulasi yang lebih tajam,” dan meniru bunyi kotak gear lapan kelajuan apabila paddleshifter dioperasi dan dipasang di belakang stereng.

Malah pemandu juga boleh mendengar deruman bunyi ekzos dan enjin palsu yang dipertingkatkan secara buatan yang turut sama digunakan oleh Honda Civic e:HEV RS. Salah satu sebab Honda keberatan untuk menawarkan transmisi manual ialah peraturan pelepasan asap yang semakin ketat saban hari

Walaupun Honda Prelude memulakan debutnya pada Oktober 2023 di Pameran Mobiliti Tokyo, Honda tetap menutup mulut mengenai spesifikasi teknikal. Walau bagaimanapun, Honda telah mengesahkan bahawa Prelude akan mewarisi suspensi hadapan dwi paksi Civic Type R dan suspensi adaptif.

Suspensi hadapan 2 paksi membayangkan tork yang dihasilkan oleh Prelude adalah tinggi dan setara dengan Honda Civic Type R. Model ini juga dikatakan mempunyai trek hadapan dan belakang yang lebih luas daripada Civic, jarak roda yang lebih pendek, berat badan 10% lebih ringan, peningkatan ketegaran dan penyerap hentak yang lebih keras.

Walau bagaimanapun, jangan harapkan Honda Prelude 2026 ini untuk mengejar masa pusingan di Nürburgring. Honda menegaskan Prelude tidak akan menjadi kereta paling sporty, paling laju bila dipandu di litar. Honda Prelude baharu akan mula dijual di Amerika Syarikat akhir tahun ini dan tiba di Eropah pada 2026.

Google ads
Back to top button