Buletin

HONDA CIVIC TYPE-R 2015!

Akhirnya, versi produksi model berprestasi tinggi Honda Type-R telah dipersembahkan kepada umum buat pertama kalinya pada acara Geneva Motor Show 2015.

Civic Type R

Mahu dikenali sebagai jentera lumba untuk jalan raya biasa, Type-R terbaharu ini dijangka mendapat sambutan hangat di seluruh dunia.

Lebih menarik lagi, ia dikatakan bakal menetapkan standard baharu dalam segmen hatchback pacuan roda hadapan berprestasi tinggi.

Civic Type R

Tumpuan pastinya kepada aplikasi unit enjin VTEC TURBO baharu bersesaran 2.0 liter. Mampu menghasilkan kuasa sehingga 310PS dan tork puncak 400Nm @ 2,500rpm.

Enjin ini adalah sebahagian daripada Teknologi Earth Dreams Honda. Ia dilengkapi sistem pengecs turbo termaju dan VTEC yang menawarkan kuasa tork pada rpm rendah dan pecutan mengujakan. Enjin itu kemudian dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan.

Civic Type R

Prestasinya, Civic Type-R mampu memecut dari 0 jke 100km/j dalam tempoh hanya 5.7 saat. Sekali gus menjadikannya model hatchback berpacuan roda hadapan yang paling pantas. Sementara kelajuan maksimumnya mencecah 270km/j!

Dengan angka tersebut, tidak hairanlah jika ia menjadi enjin paling ekstrem dan berkuasa dalam sejarah 22 tahun Honda menghasilkan model Type-R.

Civic Type R

Melihat kepada gayaan luarannya, memang Civic Type-R terbaharu ini cukup agresif dan menarik. Tetapi pada masa yang sama tidak mengabaikan aspek kefungsiannya. Bahagian luarannya telah menjalani proses analisis aerodinamik yang ketat.

Sayap pada bahagian belakang jentera ini diambil daripada Type R Concept. Struktur sudut, ketinggian dan bentuknya direka dengan berhati-hati untuk mengoptimumkan aspek downforce terutama ketika ia dipandu pada kelajuan tinggi.

Civic Type R

Civic Typer-R akan ditawarkan dalam lima warna bagi memberikan impak visual yang lebih hebat. Antaranya ialah warna putih, hitam, kelabu, biru dan merah.

Bahagian kabin pula menyerlahkan karekter sebuah Type-R yang sporty. Sebagai contoh, tombol gear diperbuat daripada aloi alunimium. Sementara tempat duduk sports itu dibaluit dengan fabric hitam dengan jahitan benang merah.

Civic Type R

Dengan pelbagai teknologi terkini daripada Honda seperti butang +R, Civic Type-R akan mula dijual di pasaran Eropah bermula musim panas ini.
[hr]GALERI

Civic Type RCivic Type RCivic Type RCivic Type RCivic Type R

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button