Buletin

UMW TOYOTA SERAH HILUX KEPADA TNB

UMW Toyota Motor (UMW Toyota) hari ini menyerahkan sebanyak 100 unit Toyota Hilux 2.5G (MT) kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu majlis khas di Serdang, Selangor.

Hilux-TNB-mekanika

Penyerahan kunci disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Kumpulan Operasi dan Sokongan, UMW Toyota, Mohd Shamsor Mohd Zain kepada Pengurus Besar Kanan, Perolehan dan Pengurusan Vendor, Bahagian Pembahagian TNB,  Mohd Adibi Ambak.

“Saya cukup berbangga kerana lebih 100 unit Toyota Hilux telah diserahkan kepada TNB. Sementara baki 192 unit lagi akan diserahkan secara berperingkat-peringkat.

Toyota-Hilux-TNB-mekanika (2)

“Tuntutan operasi harian TNB amat bergantung kepada kenderaan yang mantap dan tahan lasak. Justeru, kami yakin Toyota Hilux mampu memenuhi spesifikasi dan kualiti yang ditetapkan oleh TNB,” kata Mohd Shamsor.

Tenaga Nasional Berhad ialah syarikat utiliti elektrik terbesar di Malaysia dan syarikat tenaga terbesar di Asia Tenggara. Aktiviti teras TNB adalah penjanaan, penyampaian dan pengedaran tenaga elektrik.

SONY DSC

Toyota Hilux ialah trak pikap terlaris di Malaysia dengan lebih 180,000 unit generasi sedia ada yang telah terjual sejak diperkenalkan pada 2005.

Ia terus menjadi peneraju dengan menguasai hampir 50 peratus pasaran. Pencapaian itu banyak dibantu oleh penampilan dan teknolog termaju yang dimilikinya. Toyota Hilux juga telah terbukti sebagai kenderaan yang tahan lasak dan mantap selepasa berada di pasaran global selama lebih 40 tahun.

SONY DSC

Sebagai sebahagian daripada komitmen syarikat untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan, UMW Toyota akan terus menyokong TNB dengan memenuhi semua keperluan mereka. Ini termasuklah servis selepas jualan khas, peruntukan kenderaan lebih cepat dan latihan teknikal.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button