Buletin

TOYOTA HIACE 2015 LEBIH SELAMAT

Toyota Hiace yang merupakan salah satu model window van paling laris di Malaysia telah menerima penambahbaikan dari segi keselamatan aktifnya.

Toyota-Hiace-facelift-mekanika (3)

Naik taraf ini nyata selari dengan polisi Toyota yang menjadikan keselamatan sebagai keutamaan dalam produknya, sama ada untuk kenderaan penumpang atau komersial.

Ciri-ciri keselamatan aktif yang kini menjadi ciri standard pada Hiace Window Van ialah Vehicle Stability Control (VSC) with Traction Control (TRC), Hill Start Assist Control (HAC) dan Emergency Stop Signal.

VSC dan TRC ialah ciri keselamatan aktif yang biasa dipasang pada kenderaan penumpang. Ia berfungsi memastikan kestabilan kenderaan ketika di atas pemukaan jalan yang licin.

Toyota-Hiace-facelift-mekanika (2)

Hiace Panel Van pula dipasang dengan sistem brek Anti-Lock Braking (ABS) dan  Load-Sensing Proportioning & Bypass Valve.

Ciri keselamatan lain yang ada termasuklah dua beg udara dan tali pinggang tiga poin untuk semua sepuluh penumpang di dalam Window Van. Bagi memudahkan urusan parkir dan meningkatkan keselamatan, sensor mengundur sudah menjadi ciri standard.

Aspek mekanikal Hiace bagaimanapun tidak berubah. Kenderaan komersial ini masih menggunakan khidmat enjin petrol 2.7 liter 16 injap DOHC dengan VVT-i (Variable Valve Timing – intelligent) atau enjin diesel D-4D 2.5-litre DOHC commonrail  turbo diesel.

Toyota-Hiace-facelift-mekanika (4)

Sama seperti kenderaan komersial lain yang ditawarkan oleh UMW Toyota Motor, Hiace hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

Harga di atas jalan Hiace adalah seperti berikut:

Toyota Hiace High Roof Window Van 2.5 TURBO (D)             : RM109,600

Toyota Hiace High Roof Window Van 2.7 (P)                               : RM102,600

Toyota Hiace Panel Van 2.5 TURBO (D)                                          : RM87,600

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button