Buletin

HONDA CIVIC TYPE R 2021 TIBA DI AUSTRALIA. ACTIVE SOUND CONTROL, LogR, HARGA NAIK RM9K JADI RM169K

Honda Civic Type R akhirnya mendarat di pasaran Australia bersama beberapa penambahbaikan.

Antara perubahan ketara yang diberi pada Civic Type R 2021 ialah peridian baharu untuk sistem peredam adaptif. Sistem itu berfungsi menilai kondisi jalan 10 kali lebih pantas berbanding sebelumnya.

Hasilnya, ia mampu menambah baik maklum balas peredam untuk memberikan kualiti pengendalian lebih mantap.

Bukan itu sahaja, bushing belakang pada lower B-arm telah dikraskan untuk menawarkan kuasa menampung bebean sehingga lapan peratus.

Bushing untuk bahagian hadapan pula menampilkan bebola sambungan kurang gesesaran baharu yang memberikan rasa stereng lebih tepat. Pasukan jurutera Honda juga telah meningkatkan prestasi brek dengan memasang dua cakera brek terapung dan pad brek tahan haus untuk roda hadapan.

Hot hatch itu masih menggunakan enjin VTEC empat silinder turbo bersesaran 2.0 liter dengan kuasa 306hp dan tork 400Nm. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan bersama fungsi rev-mating dan tuil gear rekaan baru.

Walaupun prestasi rangkaian kuasa itu kekal sama, versi 2021 hadir dengan gril lebih besar yang berfungsi mengurangkan suhu sehingga 10 darjah selsius pada kondisi ekstrem seperti di litar.

Model itu menerima ciri Active Sound Control yang meningkatkan bunyi enjin apabila mode pemanduan Sport dan +R dipilih. Civic Type R juga menggunakan datalogger prestasi Honda LogR yang baru.

Honda LogR menggabungkan komputer kereta dan sensor dengan aplikasitelefon pintar untuk membantu pemandu memantau serta merekod parameter prestasi yang pelbagai.

Selain tuil gear baharu, stereng kini dibalut Alcantara. Biru juga menjadi warna baharu selain merah, hitam dan putih.

Honda menawarkan Civic Type R pada harga bermula AUD$54,990 (RM169,000), naik AUD$3,000 (RM9,240) berbanding model terdahulu.

GALERI

Google ads
Back to top button