Artikel Pilihan

HONDA CIVIC TYPE R VERSI LEBIH MURAH BAKAL DILANCARKAN TAHUN DEPAN?

Benarkah akan wujud Honda Civic Type R versi lebih murah tahun depan? Nampaknya setakat ini khabar tersebut adalah benar tapi ianya hanya untuk pasaran Amerika Syarikat.

Laman The Truth About Cars melaporkan tentang penemuan kertas pengesahan NHTSA yang telah difailkan oleh pihak Honda Amerika. Menurut dokumen tersebut terdapat satu lagi mode selain Civic Type R terbaru dan dilabelkan dengan nama Touring dan kod FK8G7.

Dokumen tersebut juga menunjukkan terdapat model kedua selepas Type R dengan enjin dan kotak gear 6-kelajuan manual yang sama tetapi dengan nama Touring. Malah ia juga mempunyai badan 5-pintu hatchback sama seperti Type R. Data-data ini hampir sama dengan perkhabaran yang muncul awal tahun ini yang menyatakan Honda dalam proses menghasilkan hot hatch baru yang lebih mampu milik.

BACA: HONDA CIVIC RED EDITION, LAGI TERHAD DARI CIVIC TYPE R!

Nama yang berbeza tetapi dengan spesifikasi yang sama, pelik kan? Malah ia juga menggunakan enjin K20C1 yang sama seperti Type R dan mampu menghasilkan 306 bhp kuasa ke roda hadapan.

Malah ketua jurutera Type R, Hideki Matsumoto juga pernah menyatakan yang mereka juga berhasrat untuk mengeluarkan lebih banyak varian Type R untuk meningkatkan jumlah jualan mereka.

Pada masa ini, agak sukar untuk menentukan apa yang akan dikurangkan oleh Honda bagi memastikan Civic Type R Touring ini lebih mampu dimiliki. Tapi kemungkinan besar mereka akan melengkapkannya dengan rim yang bersaiz lebih kecil, tempat duduk yang lebih ringkas ataupun mungkin juga sistem audio yang lebih sederhana. Ada yang mengatakan mereka akan menggunakan spoiler belakang yang lebih ringkas dan kecil.

Harga Civic Type R di Amerika kini ialah sekitar USD34,775 dan dikatakan model Touring baru ini akan dipasarkan dengan harga tidak melebihi USD30,000. Adakah model yang sama akan di bawa masuk ke Malaysia? Kalau masuk berapa pula harganya? Sama-samalah kita tunggu khabar mengenainya nanti.

Google ads
Back to top button