Buletin

HONDA CLARITY FCV MULA DIJUAL DI JEPUN

Honda Motor Co., Ltd. baru-baru ini mengumumkan bahawa ia telah mula menjual kenderaan sel bahan api serba baharunya, Honda Clarity Fuel Cell (FCV) di pasaran Jepun.

Honda-FCX-Clarity-Japan-mekanika (1)

Untuk tahun pertama, Honda akan memberi tumpuan kepada aspek pajakan Clarity kepada badan-badan kerajaan dan rakan niaganya.

Sepanjang tempoh tersebut, Honda akan mengumpul maklumat mengenai penggunaan Clarity, termasuklah peranti output kuasa luaran, sebelum ia dijual kepada pengguna secara induvidu.

Honda-FCX-Clarity-Japan-mekanika (4)

Honda akan memulakan produksi berskala kecil model tersebut di kilangnya di Tochigi, Jepun. Pengeluar kenderaan itu merancang untuk memperkenalkan Clarity ke pasaran Eropah dan Amerika Syarikat menjelang akhir tahun ini.

Pengenalan Clarity merupakan usaha Honda untuk mempopularkan kenderan yang dijana oleh sel bahan api. Clarity ialah sedan FCV lima tempat tempat duduk yang pertama di dunia

Honda-FCX-Clarity-Japan-mekanika (2)

Digabungkan dengan rangkaian kuasa yang telah dipertingkatkan, 70 MPa tangki hidrogen bertekanan tinggi mampu mencatat perjalanan sejauh 750km.

Peningkatan jarak ini membuktikan praktikaliti Clarity sebagai kenderaan harian. Tangki hidrogen itu boleh diisi semula dalam masa kurang tiga minit.

Google ads
Back to top button