Buletin

HONDA CR-V e:HEV E DAN e:HEV RS DILANCARKAN – HARGA BERMULA RM178K

Honda Malaysia hari ini melancarkan barisan baharu CR-V, di mana SUV segmen-C popular itu kini hadir dalam versi e:HEV E dan e:HEV RS.

Kedua-dua varian hibrid ini dikuasakan enjin 2.0L e:HEV yang menghasilkan 184PS dan 335Nm tork.

Sistem ini menukar mod pemanduan secara automatik antara:

  • EV Drive
  • Hybrid Drive
  • Engine Drive

Ia akan memilih mod paling efisien bergantung kepada situasi pemanduan semasa. Untuk yang mahukan lebih kawalan, tersedia juga Individual Drive Mode eksklusif bagi varian e:HEV — membolehkan tetapan disesuaikan mengikut gaya pemanduan masing-masing.

Dari segi penampilan, CR-V baharu ini menerima kemas kini yang meningkatkan aura premium serta praktikalitinya.

Antara perubahan utama:

  • Warna baharu Blazing Red Pearl
  • Filem penapis haba dan keselamatan Honda Authorised Solar & Security Tint oleh ECOTINT (standard semua varian)
  • Rim aloi 18-inci Berlina Black untuk varian hibrid
  • Rim aloi 18-inci Sparkle Silver untuk varian 1.5L Turbo

Bagi varian tertinggi e:HEV RS, kabin tampil lebih eksklusif dengan kemasan dashboard rona gelap bertekstur hairline serta tempat duduk dengan logo RS timbul, menambah sentuhan sporty yang lebih menyerlah.

CR-V baharu turut dipertingkat dari segi teknologi dan keselamatan. Antara ciri utama adalah sistem infotainmen Advanced Display Audio 9-inci, dengan sokongan Apple CarPlay & Android Auto tanpa wayar serta, integrasi Google Built-In (Google Assistant, Google Maps, Google Play).

Perincian lain termasuklah Digital Key (pertama untuk Honda Malaysia) dengan Fungsi Remote Window Close & Remote Power Tailgate melalui aplikasi Honda CONNECT.

Selain itu, turut melengkapi adalah gabungan ciri seperti Blind Spot Information (BSI); Amaran pada cermin sisi jika ada kenderaan di zon titik buta dan Cross Traffic Monitor (CTM); Mengesan kenderaan dari kiri/kanan ketika mengundur keluar parkir.

Untuk harga, perincian adalah seperti berikut:

  • CR-V e:HEV RS 2.0L – RM195,900
  • CR-V 1.5L Turbo V – RM181,900
  • CR-V e:HEV E 2.0L – RM178,200

Dengan dua pilihan hibrid dalam satu model, CR-V kini menawarkan lebih fleksibiliti kepada pembeli yang mahu kecekapan bahan api tanpa melepaskan prestasi dan pemanduan menyeronokkan.

Google ads
Back to top button