HONDA MALAYSIA UMUM HARGA HONDA CR-V e:HEV RS, BERMULA RM195K
Honda Malaysia hari ini secara rasmi mengumumkan harga bagi model CR-V e:HEV RS serba baharu pada RM195,900.00.
Dari segi penggayaan, ia tampil lebih premium dengan padanan corak mesh pada gril, lampu LED penuh hadapan dan belakang, lampu kabus LED hadapan serta lampu membelok berjujukan LED.
Selain itu, ia diserlahkan lagi melalui pemegang pintu bergaya dan rim aloi 18-inci dalam warna Berlina Black.
CR-V e:HEV RS serba baharu juga dilengkapi dengan perumah cermin sisi hitam dan penutup gril aktif, menawarkan kepraktisan dan fleksibiliti melalui ruang but berkapasiti 589 liter.
Di bahagian dalam, ia dimuatkan bersama instrumen digital sepenuhnya 10.25-inci, paparan Audio 9-inci dengan ketersambungan Apple CarPlay/Android Auto tanpa wayar, kad kunci pintar, Head-Up Display, suis mod pemanduan, Active Sound Control serta sistem audio Bose dengan 12 pembesar suara.
Tambahan, bahagian dalam dikemaskan lagi melalui upholsteri kulit selain, terdapat port USB Type C, pengecas wayarles 15W dan paddle shifter.
Ciri-ciri lain termasuklah dilengkapi Honda LaneWatch, kamera 360 darjah, fungsi memori kerusi pemandu, pelarasan kuasa lapan hala untuk pemandu dan empat hala untuk penumpang.
Dari segi keselamatan, Honda Sensing juga tersedia, merangkumi;
- Adaptive Cruise Control
- Forward Collision Warning
- Lane Departure Warning
- Road Departure Mitigation
- Lane Keep Assist System
- Collision Mitigation Braking System
- Lead Car Departure Notification System
- Low Speed Follow
- Adaptive Driving Beam
Varian e:HEV RS dikuasakan oleh nadi 2.0-liter empat silinder serta Hybrid Traction Motor, berupaya menghasilkan 184PS, tork 335Nm dan Kuasa disalurkan ke roda hadapan menerusi transmisi e:CVT.
Seperti dinyatakan di atas, Honda CR-V e:HEV RS boleh dimiliki pada harga bermula RM195,900.00 tidak termasuk insurans.
GALERI:
- BACA: APA KELEBIHAN ACTIVE GRILLE SHUTTER PADA HONDA CR-V?
- BACA: INI KOS SERVIS HONDA CR-V e:HEV 2.0, PURATA RM 80 SAHAJA SEBULAN
- BACA: HONDA MALAYSIA SASAR JUALAN BULANAN CR-V SERBA BAHARU SEBANYAK 1,000 UNIT
- BACA: HONDA CR-V GENERASI KEENAM RASMI DILANCARKAN, EMPAT VARIAN – 181HP, HARGA BERMULA RM159K