Artikel PilihanBuletin

HONDA CR-V INI DIBINA UNTUK PERLUMBAAN, SATU DALAM DUNIA!

Honda memang hebat dalam kereta penumpang dan hatchback berprestasi. Barisan model-model Type R sejak dari 25 tahun dahulu memang menggagumkan. Tetapi jika diletak sebaris dengan pengeluar lain seperti Mitsubishi, masih ada lagi beberapa model yang belum disambut oleh Honda.

Mitsubishi misalnya telah mengeluarkan SUV berprestasi lama dahulu seperti Mitsubishi Pajero Evolution atau kembar Lancer Evo yang ‘jinjang’ iaitu Mitsubishi Airtrek Turbo.

Sekarang ini pasaran SUV di peringkat global sudah semakin berkembang dan masa akan menentukan sama ada Honda mahu membangunkan SUV berprestasi tinggi.

Apa pun, pancingan sudah dibuat oleh Alfa Romeo melalui Stelvio Quadrifoglio berkuasa 510 hp dan merupakan SUV terpantas di litar Nürburgring dengan catatan masa 7 minit 51.7 saat.

Sebelum mimpi itu dijadikan realiti, Honda UK baru-baru ini telah memperkenalkan Honda CR-V spesifikasi perlumbaan. Bukan salah eja CR-Z tetapi memang betul CR-V. 

Honda CR-V spesifikasi perlumbaan itu waiau bagaimanapun hanyalah projek one-off di mana ia direka dan dibangunkan oleh Mission Motorsport dengan kerjasama amal oleh pasukan lumba Synchro yang terdiri daripada staf Honda dan berpengkalan di kilang Swindon, UK.

CR-V ini sebenarnya dibuat bagi menyertai Race of Remembrance di litar Anglesey, di Wales hujung minggu lalu yang merupakan acara perlumbaan amal untuk anggota tentera yang cedera dan terjejas semasa operasi ketenteraan.

Berikut ialah spesifikasi perlumbaan Honda CR-V: 

  • Diubahsuai oleh Mission Motorsport dengan khidmat nasihat daripada pasukan Synchro Motorsport
  • CR-V 1.6 i-DTEC AWD EX – versi paling berkuasa
  • Transmisi sembilan kelajuan automatik – Sesuai untuk pelumba yang kehilangan anggota badan
  • Bumbung kaca panorama digantikan dengan panel Perspex
  • Kesemua peralatan interior ditanggalkan kecuali papan pemuka
  • Rangka keselamatan dan kerusi serta tali pinggang perlumbaan
  • Suspensi perlumbaan digunakan untuk merendahkan kereta
  • Braket khas digunakan bagi memasang brek Brembo dari Civic Type R
  • Roda diambil daripada Civic Sport bagi menyesuaikan brek yang lebih besar 
  • Camber boleh laras dan control arm telah diubahsuai susulan ketinggian kereta lebih rendah
  • Corong udara pada bonet enjin dan bumbung untuk penyejukan enjin dan pemandu
  • Lampu LED untuk perlumbaan malam

Pemandu:

  • Prebet Lionel O’Connor – Kehilangan kaki kiri ketika berkhidmat dengan Rejimen Diraja Anglian di Iraq pada tahun 2006
  • Jon-Allan Butterworth MBE, Pemegang pingat emas paralimpik 2016 yang kehilangan lengan kirinya ketika berkhidmat dengan RAF di Iraq pada tahun 2007
  • Alex Goy – Jurnalis permotoran
  • Major (B) James Cameron – Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengajar Mission Motorsport. Beliau akan menjadi koc kepada ketiga-tiga pelumba novis pasukan  menyempurnakan pasukan dan membimbing tiga pelumba baru.

Race of Remembrance dianjurkan pada 11 dan 12 November. Perlumbaan tahun keempat ini bagi memperingati pengorbanan yang dilakukan oleh kakitangan ketenteraan dan keluarga mereka.

45 pasukan telah bertanding dalam perlumbaan yang bermula jam 3 petang pada hari Sabtu sehingga 9 malam. Perlumbaan bersambung semula pada hari Ahad pada pukul 9 pagi dan diselangi acara Perkhidmatan Peringatan di laluan pit yang melibatkan pemandu, krew, marshal, pegawai perlumbaan dan penonton.

Pada perlumbaan tahun lalu, Honda Civic Type R dari pasukan Synchro Motorsport telah memenangi perlumbaan dalam kategori jemputan.

 

BACA: TAHUKAH ANDA HONDA CIVIC TYPE-R GUNAKAN PCD DAN SAIZ RIM 20″ YANG PELIK?

BACA: HONDA CIVIC COUPE RALLYCROSS – LAJU NI DER!

Google ads
Back to top button