Buletin

HONDA CR-Z FACELIFT LEBIH SPORTY

PT Honda Prospect Motors (HPM) melancarkan Honda CR-Z baharu dengan perubahan pada bahagian luaran dan dalaman untuk tampil lebih sporty.

honda-cr-z-baharu-indonesia-mekanika (4)

Perubahan paling besar dilakukan pada rekaan bampar hadapan dan belakang. Honda juga menambah lampu LED pada bahagian hadapan, selain roda bersaiz 17 inci.

Sementara itu, bahagian kabinnya mengetengahkan konsep ‘Exciting Mature Cockpit’. Honda memadankannya dengan warna hitam dan oren yang sporty untuk imej lebih mewah.

honda-cr-z-baharu-indonesia-mekanika (2)

CR-Z turut didatangkan dengan ciri baharu iaitu Smart Entry+Push Ignition System, Hands Free Telephone Steering Switch dan Skrin Sentuh 7.0 inci Sistem AV dengan Mirroring.

Bahagian mekanikal masih sama menggunakan enjin 1.5 liter  yang dipadukan dengan teknologi bateri Integrated Motor Assist (IMA).

honda-cr-z-baharu-indonesia-mekanika (1)

Honda CR-Z yang hanya ditawarkan dalam satu warna ini berharga Rp 535 juta (RM165, 850). Jika hendak warna dua tona, pelanggan perlu menambah sebanyak Rp 3 juta (RM930).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button