Motosikal

YAMAHA SZ-RR VERSION 2.0

Yamaha Motors India telah pun melancarkan SZ-RR Version 2.0. Model tersebut sebelum ini didedahkan di Auto Expo 2016 di Delhi.

SZ-RR-Version-2.0- mekanika (3)

Jentera itu  didatangkan dengan skim warna hijau matte dan dijual pada harga Rs 67,664 (RM4,200) seunit.

SZ-RR Version 2.0 akan bersaing dengan Bajaj Discover 150 dan Hero Achiever. Pada bahagian luaran, motosikal itu menerima saiz tangki minyak yang sederhana dengan warna hitam matte. Ia dipadankan dengan aksen hijau zaitun dan pelekat kuning.

SZ-RR-Version-2.0- mekanika (1)

Bahagian kowl lampu hadapan dan fender hadapan turut menerima kemasan warna hijau. Sementara itu, rim aloi menerima lilitan pita rim berwarna kuning pada rim aloi hitam.

Secara mekanikal, Yamaha SZ-RR Version 2.0 dikuasakan oleh enjin 149cc penyejukkan udara silinder tunggal. Enjin berkenaan telah ditala bagi mendapatkan kuasa 12.1PS dan tork 12.8Nm.

SZ-RR-Version-2.0- mekanika (5)

Penghantaran kuasa ke roda diserahkan kepada kotak gear 5-kelajuan dan teknologi Blue Core Yamaha.

Bagaimanapun, selain biru ia turut didatangkan dengan warna merah, putih dan Green Arrow.

SZ-RR-Version-2.0- mekanika (7)

Dalam perkembangan berkaitan, Yamaha Motors India telah menamatkan penjualan beberapa model antaranya FZ1, FZ-S (versi karburator), Fazer (versi karburator), Crux dan Ray.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button