,
Buletin

HONDA JAZZ 2020 – INI GAMBAR SELINGAN PERTAMA

Honda Jazz generasi keempat bakal dipertontonkan secara rasmi sempena Pameran Kenderaan Tokyo pada 23 Oktober depan. Jazz atau Fit adalah model penting buat Honda, ia dijual di banyak buah negara dari Asia Tenggara, Eropah hingga ke Amerika Syarikat.

Di negara kita, Honda tidak pernah tertinggal untuk memasarkannya dan lebih istimewa turut ditawarkan di dalam versi hibrid melalui dua generasi berturut-turut.

Jazz adalah model popular di kalangan rakyat tempatan, digunakan di atas jalan raya biasa sehingga ke litar lumba. Honda Malaysia turut menggunakan Jazz di dalam perlumbaan Sepang 1000 KM.

Honda Jazz generasi pertama

Sementara dilancarkan secara rasmi, Honda telah mendedahkan gambar selingan pertama yang menampakkan sisi Jazz generasi keempat.

Dari bahagian tersebut Jazz kelihatan kembali kepada gayaan asalnya dengan sudut lembut dan bulat berbanding bersegi dan keras pada Jazz generasi ketiga.

Menurut Honda, Jazz generasi keempat direka dengan fokus utama kepada penumpang dan bakal menaikkan standard keselesaan dan keseronokan pemandu.

Honda Jazz generasi kedua

Mengenai enjin tidak banyak yang dikongsi kecuali model Eropah buat kali pertama menggunakan nadi kuasa dua motor hibrid i-MMD dan tanpa klac berkembar i-DCD seperti pada Jazz Hybrid sekarang.

Sistem hibrid tanpa transmisi konvensional itu telah digunakan pada Accord dan CR-V Hybrid dan menarik untuk diteliti bagaimana ia diadaptasi pada kerangka Jazz yang jauh lebih kecil.

Honda Jazz Mugen

Benua Eropah akan menerima varian tunggal Jazz Hybrid manakala pasaran lain lebih meriah dengan enjin petrol.

Ada khabar yang mengatakan Jazz baharu akan menggunakan enjin 1.0 liter turbo dan ia belum boleh disahkan sehingga majlis rasmi minggu depan.

BACA: HONDA JAZZ K20 TYPE-R!!!

BACA: HONDA JAZZ GE, MODEL PALING DRAMATIK, HARGA SAMPAI RM116K!

BACA: TAHUN 2001 HONDA JAZZ DIPERKENAL DI JEPUN, MODEL IKONIK SAMPAI SEKARANG

Tags
Google ads
Back to top button