
FERRARI 458 SPIDER INI HENDAK DIJUAL. SIAPALAH NAK BELI AGAKNYA
Ya, anda tidak salah baca. Sebuah Ferrari 458 Spider yang sudah hangus terbakar ini sedia untuk dijual oleh sebuah laman lelongan kereta, copart.com
Melihat kepada maklumat yang disediakan, model itu merupakan buatan tahun 2014 dan diletakkan di satu lot jualan di Santa Paula, California, Amerika Syarikat.
Dilengkapi enjin V8 aspirasi biasa, kereta itu dilapor terlibat dalam satu kemalangan dan terbakar. Seperti yang anda boleh lihat, tiada komponen yang dapat diselamatkan atau boleh digunakan.

Apa yang hanyalah selonggok besi buruk yang sudah berkarat dan tidak dapat dikenal pasti apakah model asalnya.
Jadi, kenapa ia masih hendak dijual? Mungkin kerana untuk mendapatkan nombor chasis atau VIN. Walau apa pun alasannya, jangan terkejut jika ada yang membelinya nanti.
- BACA: ENJIN V12 LAFERRARI INI CUBA DIJUAL PADA HARGA RM3.35 JUTA!
- BACA: POLIS BRAZIL SERBU BENGKEL BUAT FERRARI DAN LAMBORGHINI PALSU – KERETA GUNA ENJIN MITSUBISHI ECLIPSE
- BACA: FERRARI 599 GTB INI DIJUAL PADA HARGA HANYA RM1,037 DI CHINA
- BACA: TAK PANDANG CERMIN BELAKANG, FERRARI 458 ITALIA HILANG SEBELAH PINTU









