Motosikal

PERKEMBANGAN TERKINI- MODENAS-KYMCO-BAJAJ DAN PROJEK KAPCAI 150CC

Bebarapa hari lepas kami mendapat maklumat sahih tentang beberapa perkembangan terbaru dari Syarikat Motosikal Dan Enjin Nasional MODENAS. Mungkin anda masih ingat lagi laporan kami tentang kerjasama yang telah terbentuk menerusi hak pengedaran dan pemasangan Modenas terhadap jenama skuter Taiwan, Kymco yang dilaporkan bulan lepas.

Tiada rahsia lagi, Modenas memang telah mendapat hak jenama Kymco di Malaysia. Kalau anda penyokong Chelsea dan baru keluar dari gua, suka untuk kami beritahu Kymco bukanlah syarikat cap ayam. Mereka adalah pengeluar skuter antara yang terbesar di Eropah.

kymco spy (5)

Sebelum ini, francais jenama Kymco dipegang oleh Motorcycle Best Buy (MBB) yang terletak di pesisir Lebuhraya Persekutuan. Tidak dinafikan MBB ni memang lembab nak meninggal, macamana dia dapat jenama Kymco pun kami tak tahu.

Kami mendapat maklumat sahih bahawa terdapat 4 model yang akan diperkenalkan secara berperingkat sehingga ke hujung tahun nanti. Mereka sedang sibuk mengejar masa. 3 projek sudah siap dan 1 masih dalam proses dan dijangka akan dapat disempurnakan juga mengikut jadual pengeluaran.

Tidak jelas kandungan perjanjian Modenas-Kymco, namun kami dimaklumkan bahawa Modenas diberi hak menjenamakan semula (rebadge) model di bawah 250cc. Pelancaran akan datang bakal menyaksikan sebuah model 150cc dan skuter model 250cc akan memakai lencanan Modenas.

Model 300cc dan 400cc pula akan kekal menggunakan lencana Kymco tetapi semua pemasangan, servis lepas jualan dan alat ganti akan dikendalikan sepenuhnya oleh Modenas. Logiknya, sudah tentu Kymco tidak mahu segmen ini bertindan dengan model koloborasi Kawasaki J300.

pulsar-200ns-blue-big2mekanika

PROJEK MODENAS-BAJAJ

Seperti yang pernah kami laporkan sebelum ini, projek Bajaj sudah masuk ke fasa kedua. Beberapa hari lepas mereka baru menerima unit ujian dari India yang merangkumi beberapa model. Jika melihat kepada garis produk Bajaj, mereka banyak menghasilkan sportbike kecil, naked dan ya, cafe racer. Pastu ramai yang tertunggu-tunggu dengan cafe racer jenama tempatan ini.

PROJEK KAPCAI 150CC

Ya. Modenas juga SAH akan mengeluarkan moped 150cc kerana mereka perlu akui pasaran super-kapcai sekarang sedang meletop. Kami pun pelik kenapa pembangunan R&D model ni terlalu lama. Hampir setahun (ke dah lebih). Dari maklumat yang kami perolehi, pesaing Honda RS150R dan Yamaha Y15ZR ini akan dilancarkan selewat-lewatnya pada suku kedua tahun depan.

Anda mungkin sinis dengan produk Modenas 150cc moped, tetapi bayangkan harga 150cc cub sekarang dah nak cecah 5 angka. Lihat bagaimana Modenas dapat curi pasaran 2 lejang dari Yamaha 125Z yang dah keluar dari tahun 1998 tapi harga naik memanjang padahal yang ditukar hanya kulit badan dan pelekat saja.

Jika Modenas dapat posisikan harga moped 150cc mereka dengan betul, tak mustahil ia mampu menarik minat pembeli. Modenas ni yakin jugalah nak beli dari jenama yang bunyi macam pahlawan kampung pisang satu lagi tu.

Modenas mungkin boleh buat versi livery macam Yamaha-Movistar. mungkin guna imej Modenas-PETRONAS misalnya. Rupanya nanti boleh ambil ilham daripada projek Petronas FP1 pasti lebih nostalgia kan? Lebih kreatif kalau bioleh hasilkan sesuatu seperti livery Honda-Konica Minolta.

Jika semua pelan ini berjalan seperti yang dirancang, ia membawa satu lembaran baru buat Modenas sepertimana yang kita ketahui sedang tidur lena. Singa dah nak bangun ni, jadi bersedia semua. Kami juga berharap singa ni tak makan banyak sebab bimbang nanti dia akan tidur semula.

Harap-harapnya begitulah.

 

 

Google ads
Back to top button