Buletin

HONDA LABUR RM22.2 JUTA BINA PUSAT PDI BAHARU

Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia) hari ini secara rasminya melancarkan pusat Pemeriksaan Pra-Penghantaran (PDI) Yard 3 baharu seluas 50 ekar yang terletak di Kilang Pegoh, Melaka.

Honda-Malaysia-PDI-Yard-3-mekanika (5)

Sebanyak RM15.1 juta telah dilaburkan untuk membina PDI Yard 3. Terletak bertentangan dengan Kilang Pegoh, PDI Yard 3 mampu menempatkan 6,000 unit kenderaan dan akan berfungsi sebagai pusat penghantaran bersepadu untuk kereta-kereta baharu.

“Pada Januari tahun lalu, kami telah membuka No. 2 Line yang meletakkan kami di landasan terbaik dalam mencapai sasaran jangka sederhana untuk menggandakan kapasiti produksi kepada 100,000 unit menjelang tahun 2016.

Honda-Malaysia-PDI-Yard-3-mekanika (4)

“Pada Julai 2014, kami telah membuat keputusan strategik untuk membina PDI Yard 3 baharu dalam usaha mempercepatkan proses penghantaran kenderaan, selain menyokong peningkatan jumlah produksi dan jualan,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno.

Kapasiti PDI Yard 3 dapat ditingkatkan sebanyak 56% berbanding gabungan kapasiti PDI Yard 1 dan 2. Yard 1 dan Yard 2 sedia ada akan digunakan untuk menerima kenderaan baharu, memasang aksesori serta memeriksa bahagian dalaman dan luaran kereta.

Honda-Malaysia-PDI-Yard-3-mekanika (1)

Bagi memudahkan proses pengangkutan kenderan ke PDI Yard 3, Honda Malaysia juga telah melabur RM7.1 juta lagi untuk membina sebuah jambatan sambungan. Jambatan itu akan digunakan untuk mengangkut kenderaan dari PDI Yard 1 ke Yard 3 dan dijangka mengurangkan tempoh pengangkutan. Ia juga merupakan jambatan pertama seumpamanya di Alor Gajah.

Menurut Ueno lagi, dengan siapnya PDI Yard 3, ia akan memainkan peranan penting untuk Honda Malaysia mencapai sasaran jualan sebanyak 85,000 unit kenderaan pada tahun 2015.

Honda-Malaysia-PDI-Yard-3-mekanika (2)

Sehingga akhir Jun 2015, Honda telah mencapai 51% sasaran jualan tahunannya dengan menguasai 13.5% perkongsian pasaran. Honda Malaysia juga menerajui segmen kenderaan bukan nasional.

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button