Motosikal

Suzuki GSX-S1000 ABS & Suzuki GSX-S1000F

Sempena acara Kejuaraan SBK pada hujung minggu lalu di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), pihak Suzuki Assemblers Malaysia Sdn. Bhd. (Suzuki Assemblers) telah memperkenalkan dua jentera terbaharunya.

 Suzuki-GSX-S1000-mekanika (7)

Dikenali sebagai Suzuki GSX-S1000 ABS dan Suzuki GSX-S1000F ABS 2016, ia dikatakan dibina daripada jentera legenda iaitu Suzuki GSX-R1000 serta Suzuki GSX-RR yang merupakan jentera perlumbaan terbaharu Suzuki dalam persaingan MotoGP.

Kedua-dua motosikal berkuasa tinggi itu menggabungkan pakej teknologi dan komponen ke dalam chasis yang direka khas untuk keselesaan penunggang.

Suzuki-GSX-S1000-mekanika (15)

Harus tahu bahawa Suzuki GSX-S1000 dan Suzuki GSX-S1000F tidak banyak berbeza dengan model supersport, Suzuki GSX-R1000. Bezanya cuma, kedua-dua model itu dibangunkan semula khusus untuk tunggangan jalanan.

Beza di antara Suzuki GSX-S1000 dan Suzuki GSX-S1000F pula adalah dari segi penampilan masing-masing yang merupakan model naked  dan fairing.

Suzuki-GSX-S1000-mekanika (10)

Siri Suzuki GSX-S dikuasakan oleh enjin empat lejang DOHC bersesaran 999cc dengan sistem penyeukan cecair. Enjin baharu itu mampu menawarkan tindak balas pendikit lancar serta pecutan yang terkawal. Kuasanya juga mudah dicapai pada putaran enjin yang rendah dan sederhana.

Bagi menawarkan kualiti tunggangan yang mantap, motosikal ini dilengkapi sistem cengkaman termaju Suzuki. Sistem ini berfungsi memantau kelajuan roda hadapan dan belakang, mengesan kedudukan pendikit dan engkol (crank) serta posisi gear sebanyak 250 kali sesaat.

Suzuki-GSX-S1000-mekanika (16)

Siri Suzuki GSX-S dipasang dengan brek Brembo angkup monoblok seperti model Suzuki GSX-R1000. Angkup yang mempunyai empat omboh itu menawarkan kuasa membrek lebih meyakinkan.

Suzuki GSX-S didatangkan dalam pilihan warna merah, biru dan kelabu. Harga jualan asasnya ialah RM68,400 bagi Suzuki GSX-S1000 ABS dan RM74,400 (Suzuki GSX-S1000 ABS). Harga itu bagaimanapun tidak termasuk GST.

Suzuki-GSX-S1000-mekanika (19)

“Suzuki Assemblers yakin dapat mencapai sasaran jualan sebanyak 200 unit untuk setiap model ini setahun. Saya harap ia akan mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna di Malaysia,” kata Pengarah Urusan Suzuki Assemblers, Yutaka Ishihara.

Maklumat lanjut mengenai motosikal Suzuki, sila kunjungi pengedar terdekat atau hubungi  Suzuki Assemblers di talian 04-3977 453 (Divisyen Jualan & Pemasaran) atau 04-3977 091 (Divisyen Alat Ganti). Layari laman web: www.suzuki.com.my


GALERI

Suzuki-GSX-S1000-mekanika (1)Suzuki-GSX-S1000-mekanika (3)8-9Suzuki-GSX-S1000-mekanika (9)Suzuki-GSX-S1000-mekanika (11) Suzuki-GSX-S1000-mekanika (12) Suzuki-GSX-S1000-mekanika (14)Suzuki-GSX-S1000-mekanika (18) Suzuki-GSX-S1000-mekanika (20) Suzuki-GSX-S1000-mekanika (21) Suzuki-GSX-S1000-mekanika (22) Suzuki-GSX-S1000-mekanika (24)

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button