Buletin

HONDA LANCAR CITY V-SENSING. LEBIH SELAMAT, BERMULA RM90K

Honda Malaysia hari ini melancarkan varian baharu City V-SENSING ke pasaran tempatan. Hadir dengan enjin NA, ia merupakan varian kedua selepas City RS e:HEV yang ditawarkan dengan rangkaian sistem keselamatan Honda SENSING. 

Disifatkan sebagai sedan dengan sistem keselamatan paling lengkap dalam segmen B, jentera itu turut hadir bersama meter TFT interaktif bersaiz 7-inci yang memaparkan pelbagai maklumat pemanduan kepada pemandu. 

Pengenalan varian baharu ini memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan. Ditawarkan pada harga RM90,212 seunit, City V-SENSING pasti akan menarik minat golongan sasar seperti keluarga muda yang mahukan sebuah sedan yang selamat dan memiliki pelbagai ciri termaju. 

Sejak City generasi ke-5 dilancarkan, lebih 23,300 unit telah terjual. Sehingga kini, City menyumbang sebanyak 34 peratus kepada jualan keseluruhan Honda Malaysia di antara Januari hingga Oktober 2021. 

City V-SENSING padat dengan ciri bantuan pemandu yang merangkumi: 

  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Lane Keep Assist System (LKAS)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Auto High Beam (AHB)

Sedan itu dijana oleh enjin 1.5L DOHC i–VTEC berkuasa 121PS dan tork 145Nm yang dipadankan dengan kotak gear CVT.

Dari segi luaran, City V-SENSING dipasang dengan lampu utama LED, lampu DRL LED, lampu belakang LED dan rim aloi bersaiz 16 inci. 

Ruang kabin pula tampil premium dengan kerusi dibalut kulit, corong pendingin hawa untuk penumpang belakang, skrin audio 8-nci bersama ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto. Tidak ketinggalan paddle shifter, butang penghidup enjin dari jauh dan sebagainya. 

City V-SENSING didatangkan bersama pelbagai ciri keselamatan yang ada pada varian V dan RS e:HEV seperti enam beg udara, Honda LaneWatch, ABS, Electronic Brake Distribution (EBD), Brake Assist (BA), Emergency Stop Signal (ESS), Hill Start Assist (HSA), ISOFIX I-SIZE Type dan kamera undur.

Maklumat lanjut mengenai City V-SENSING, hubungi Honda Malaysia di talian 1-800-88-2020, layari laman web www.honda.com.my atau muat turun aplikasi HondaTouch. 

Google ads
Back to top button