Buletin

UMW TOYOTA MOTOR JUAL 8,500 UNIT KERETA TOYOTA DAN LEXUS PADA OKTOBER 2021

UMW Toyota Motor merupakan antara syarikat yang mencatat kadar pemulihan pasaran yang pantas. Pada Oktober, sebanyak 8,500 unit kenderaan Toyota dan Lexus berjaya dijual, meningkat 6 peratus berbanding September. 

Jumlah jualan keseluruhan bagi tahun ini setakat akhir Oktober ialah 54,618 unit atau 25 peratus lebih tinggi berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Syarikat juga berbesar hati dengan sokongan yang diberikan kerajaan untuk industri automotif melalui dua pengumuman besar oleh Menteri Kewangan dalam pembentangan bajet 2022.

Lanjutan tempoh pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) hingga 30 Jun 2022 tentunya akan sangat membantu untuk mengekalkan momentum jualan dalam keadaan pasaran yang semakin pulih. 

Memandangkan ramai pelanggan terkesan akibat pandemik, penjimatan yang boleh mereka nikmati daripada pengecualian SST ini (atau hanya membayar 50% bagi model import) bagi pembelian kenderaan baru adalah sangat dialu-alukan.

UMW Toyota Motor juga gembira kerana kerajaan akan menyediakan sokongan kepada industri untuk membangunkan sektor kenderaan elektrik (EV). Dengan pemansuhan sepenuhnya semua duti dan cukai jualan bagi EV, serta cukai jalan, membolehkan EV ditawarkan pada harga yang menarik. 

Pengecualian cukai sehingga RM2,500 bagi individu yang membelanjakan wang untuk kemudahan berkaitan EV juga akan membantu lebih ramai warga Malaysia untuk beralih kepada EV.  Dengan adanya lebih banyak EV di atas jalan, pencemaran udara dan kebergantungan terhadap bahan api fosil dapat dikurangkan.

UMW Toyota Motor juga sudah memulakan fasa pertama program elektrifikasinya dengan pemasangan tempatan kenderaan hibrid elektrik. 

“Orang ramai yang sebelum ini menangguhkan pembelian mereka mula datang ke pusat pameran untuk membuat pesanan. Jumlah pesanan kami bertambah dengan konsisten dan dua kilang kami beroperasi di tahap maksimum untuk mengeluarkan sebanyak mungkin kenderaan agar pelanggan tidak perlu menunggu lama,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

Pelanggan dapat menikmati lebih penjimatan menerusi Toyota Service Savers (TSS) dengan membuat pinjaman daripada institusi kewangan yang menjadi rakan usaha sama UMW Toyota Motor. 

TSS meliputi semua keperluan servis bagi kenderaan bagi sela masa yang disyorkan. Pemilik kenderaan boleh menebusnya di semua pusat servis Toyota yang sah di seluruh negara (tertakluk kepada terma dan syarat).

Google ads
Back to top button