Motosikal

HONDA LANCAR SKUTER ELEKTRIK U-GO DI CHINA. TOP SPEED 53KM/J, BERMULA RM4,890 SAHAJA

Syarikat gabungan Wuyang-Honda baru-baru ini memperkenalkan sebuah skuter elektrik dikenali sebagai Honda U-GO ke pasaran China. 

U-GO dilihat sebagai model yang sangat mampu milik dan direka sepenuhnya untuk kegunaan di kawasan bandar. Jentera berkenaan sudah boleh dibeli pada harga bermula 7,499 yuan (RM4,890) sehingga RM7,999 (RM4,955) seunit. Maka tidak hairanlah jika ia hadir dengan rekaan minimalis dan pelbagai ciri mudah. 

Bahagian hadapannya diserlahkan dengan lampu utama LED. Manakala lampu isyarat membelok dipasang pada bahagian hadapan bar hendal. Bahagian belakang menerima lampu nipis dan pemegang untuk pembonceng. Melihat dari arah sisi pula, U-GO menggunakan satu warna tanpa sebarang grafik. 

Sebagai sebuah skuter ‘futuristik’, ia dilengkapi sistem anti-kecurian, kluster instrumen LCD dan port USB. Rim pula bersaiz 12 inci di hadapan dan 10 inci di belakang.  

Varian standard dilengkapi hab motor berkuasa 1.2kW yang membolehkannya memecut sehingga 53km/j. Model lebih rendah pula mempunyai motor berkuasa 0.8kW yang menawarkan pecutan cuma 43km/j. 

Kedua-duanya menggunakan bayeri Lithium-ion yang boleh dibuka dan memiliki kapasiti maksimum 1.44kW. Dengan sekali caj, ia boleh mencatat perjalanan sejauh 133km. takde lah teruk sangat kan. 

Kuasa tersebut boleh digandakan apabila pek bateri lebih besar digunakan. Ia juga menawarkan ruang penyimpanan barang seluas 26 liter di bawah pelana. 

Sedia maklum bahawa pertumbuhan pasaran e-skuter sememangnya cukup pesat di China berikutan insentif yang diberikan oleh kerajaan. Honda juga dilapor akan memperkenalkan e-skuter baharu ke pasaran India tidak lama lagi.

GALERI

Google ads
Back to top button